Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Networking Pro A7 Elite: Platform Revolusi Wi-Fi 7 Dengan AI

Qualcomm Networking Pro A7 Elite: Platform Revolusi Wi-Fi 7 Dengan AI

Diterbitkan Oktober 11, 2024 oleh Rushsyafizal

Qualcomm baru sahaja melancarkan platform rangkaian terbaru mereka, Qualcomm Networking Pro A7 Elite, yang bakal mentransformasikan pengalaman rangkaian di rumah dan perusahaan.

Qualcomm Networking Pro A7 Elite: Platform Revolusi Wi-Fi 7 Dengan AI

Dengan integrasi Wi-Fi 7 dan kuasa pemprosesan AI , platform ini memberikan prestasi rangkaian yang lebih pantas dan pintar, serta membolehkan peranti yang bersambung mempunyai keupayaan AI generatif yang baik.

Platform ini dilengkapi dengan pemproses bersama AI yang mempunyai 40 TOPS kuasa pemprosesan NPU, menjadikannya salah satu teknologi paling canggih dalam bidang ini.

Qualcomm Networking Pro A7 Elite juga direka untuk pelbagai penggunaan seperti keselamatan, pengurusan tenaga, automasi rumah, dan pemantauan kesihatan. Dengan keupayaan AI, maklumat peribadi dapat diproses secara lebih selamat di rangkaian, tanpa perlu dihantar ke storan awan.

Salah satu ciri utama ialah Qualcomm AI Hub, yang membolehkan OEM dan rakan ekosistem mengakses perpustakaan model AI yang telah dioptimumkan.

Ini memudahkan pembangunan aplikasi baru dengan lebih pantas, membolehkan teknologi generatif AI digunakan dalam pelbagai peranti, termasuk peranti yang lebih lama.

Platform ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak industri global, termasuk Phil Solis dari IDC, yang menyatakan bahawa keupayaan Wi-Fi yang kini dilengkapi dengan AI tapi membuka peluang baharu untuk inovasi dalam peranti pintar rumah.

Ia juga dijangka merubah cara pembekal perkhidmatan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna.

Dengan Qualcomm Networking Pro A7 Elite, masa depan rangkaian AI akan diperkenalkan kepada era baharu sambungan yang lebih pintar, pantas dan peribadi.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • ByteDance Dilapor Berhentikan Lebih 500 Kakitangan Di Malaysia
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • Red Dead Redemption Versi PC Kini Tersedia Untuk Pra-Pembelian
  • Kod Tatalaku Pelesenan Platform Media Sosial Diumum Hujung Bulan Ini - Fahmi

Sumber : Siaran media Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY