Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gARMIN Venu SQ 2 2

(Ulasan) Garmin Venu SQ 2 Music Edition – Spesifikasi Dipertingkat, Harga Lebih Mahal

Diterbitkan November 30, 2022 oleh ariff bukhari

Pada Septermber 2022 yang lepas, Garmin Malaysia telah pun melancarkan 2 jam pintar terbaru iaitu Venu Sq 2 and Venu Sq 2 – Music Edition.

Pihak Wiser telah diberi peluang untuk menguji sendiri salah satu daripada model jam pintar tersebut.

Venu Sq 2 – Music Edition

Venu SQ 2 adalah siri jam pintar yang dinaik taraf dari model sebelumnya iaitu Garmin Venu SQ yang dilancarkan pada September 2020 dahulu.

Kelebihan

Untuk generasi keduanya, spesifikasi Garmin Venu SQ 2 dipertingkatkan di mana ia kini dilengkapi dengan skrin sentuh AMOLED Corning Gorilla Glass 3 bersaiz 35.9mm yang menyokong ciri AOD (always-on display).

Peningkatan ini memberikan paparan jam pintar ini lebih terang dan jelas dilihat di bawah matahari terik.

Selain itu, baterinya juga tahan lebih lama di mana ia mampu bertahan sehingga 12 hari (dalam mod penjimatan bateri) dan ciri geolokasi GPS yang lebih tepat.

Dari ujian Wiser sendiri, ketahanan bateri jam pintar ini mampu bertahan sepertimana apa yang dinyatakan oleh pihak Garmin.

Ciri imbasan kadar degupan jantung juga pantas mengimbas di mana pengguna tidak perlu menunggu lama untuk ia berfungsi apabila jam dipakai ditangan.

Ini dicapai menerusi naik taraf pengimbas dan set cip GPS terbaru pada jam ini.

Berat jam ini juga sangat ringan dan selesa dipakai untuk pelbagai aktiviti lasak kerana ia dilindungi oleh bezel aluminium dan kerangka polimer fiber yang kukuh.

garmin venu sq 2

Dari segi ciri pula, Venu SQ 2 disempurnakan dengan aplikasi telefon pintar Garmin Connect dan Garmin Connect IQ yang berfungsi untuk menguruskan aplikasi, aktiviti, melihat kesemua data dari kalendar berkaitan aktiviti dan monitor status kesihatan harian, mingguan dan bulanan, berhubung dengan rakan Garmin yang lain, ciri pembayaran tanpa sentuh Garmin Pay, mencipta wajah jam sendiri, memasang aplikasi ke dalam peranti dan banyak lagi.

WhatsApp Image 2022-11-30 at 09.54.57
Antaramuka apliaksi Garmin Connect memaparkan pelbagain info yang direkodkan Venu SQ 2
gARMIN Venu SQ 2 1
Terdapat pelbagai wajah jam yang boleh dimuat turun dari aplikasi Garmin Connect IQ

Sesuai dengan edisinya iaitu Venu SQ 2 Music, ia dilengkapi dengan storan yang berupaya menyimpan sehingga 500 buah lagu.

Tidak cukup dengan itu, anda boleh memainkan muzik terus menerusi aplikasi Spotify yang ditawarkan untuk jam pintar ini.

Walaubagaimanapun, hanya pelanggan Spotify versi premium sahaja boleh menggunakan aplikasi tersebut dari Venu SQ 2 Music.

Disebalik kesempurnaan jam pintar ini, terdapat beberapa isu yang menimbulkan persoalan adakah Garmin Venu SQ 2 ini mampu menarik pengguna aktif dan peminat jam pintar tempatan.

tali jam garmin venu sq 2
Ciri yang memudahkan anda menukar tali jam pintar ini.

Kelemahan

Isu pertama yang dikesan adalah Garmin masih mengekalkan rekaan generasi pertama Venu SQ yang berbentuk petak untuk Venu SQ 2.

Cuma terdapat perbezaan dari segi saiz di mana skrin Venu SQ 2 lebih besar (3.59mm).

Rekaan ini pada pendapat kami sudah agak kebelakang yang tidak mencerminkan ia sebuah jam pintar yang moden dan terkini.

tali jam garmin venu sq 2
Pengikat jam yang kukuh tetapi sedikit menjengkelkan apabila membukanya kerana ada penyangkuk. Jadi, setiap kali membuka ikatan jam ini ia sedikit menjengkelkan.

Navigasi sistem antaramuka Venu SQ 2 ini pada pendapat penulis kurang menarik dan sedikit mengelirukan.

Selepas beberapa lama menggunakannya barulah dapat difahami dan mengingati cara mengakses setiap pilihan aktiviti, tetapan dan ciri-ciri yang ada dalam jam pintar ini.

Ditambah pula dengan kelancaran antaramuka yang kurang lancar, jadi ia sedikit menjengkelkan.

Malah untuk sambungan GPS nya juga memakan sedikit masa untuk disambungkan.

gARMIN Venu SQ 5

Selain itu secara peribadi, tetapan memulakan bagi menggunakan jam pintar ini akan menjadi lebih sukar kepada pengguna yang tidak biasa dengan eko sistem jam pintar Garmin ini.

Ini kerana anda akan perlukan luang masa yang agak lama bagi menetapkan jam pintar ini sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

Jadi, ini memang melecehkan.

Dari aspek fizikalnya pula, walaupun menggunakan material berkualiti, tetapi dari sekali pandang ia kelihatan murah dan tidak meyakinkan pengguna bahawa ia tahan lasak.

cas bateri jam garmin venu sq 2
Kabel pengecas/data Garmin Venu SQ 2 ini memang pelik.

Rasa ringannya juga memberikan persepsi bahawa jam pintar ini sebuah jam pintar murah.

Bagi anda yang biasa dengan jam yang berat, anda akan berasa seakan tidak ‘puas’ memakainya.

Walhal harga jam pintar Garmin Venu SQ 2 Music Edition ini berharga RM1,580.

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah dengan sedikit peningkatan spesifikasi dan ciri, Garmin Venu SQ 2 Music Edition dijual jauh lebih mahal dari versi terdahulu.

Yang mana pada pendapat penulis, ia agak mahal untuk sebuah jam pintar yang dikatakan Garmin sebagai sebuah jam pintar mampu milik.

Garmin Venu SQ 2 Music Edition bukanlah sebuah jam pintar yang teruk.

Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri penjejakan utama kesihatan seperti imbasan jantung pada masa sebenar, menjejak masa tidur, oksigen dalam darah, sokongan GPS dan lain-lain.

gARMIN Venu SQ 2 3

Tetapi isunya adalah pada harga jualannya yang hampir menyamai harga sebuah jam pintar premium yang ditawarkan pesaing lain dalam pasaran.

Ditambah pula pesaing menawarkan rekaan yang lebih menarik dan kaya dengan pelbagai ciri premium yang tidak ditawarkan pada Garmin Venu SQ 2 Music Edition ini.

Garmin Venu SQ 2 Music Edition bukanlah untuk sebarang pengguna dan mungkin hanya segelintir pengguna tegar jenama Garmin sahaja yang akan tertarik dengan jam pintar ini.

Beli Garmin Venu SQ 2 Music Edition di Shopee

Berkaitan

  • (Ulasan) HONOR Watch GS 3 - Jam Pintar Elegan Dan Premium, Harga Boleh Tahan
  • (Ulasan) Samsung Galaxy Watch 5 Pro - Bateri Tahan Berhari-Hari, Pakai Terus 'Auto Hensem' Tapi...
  • Ulasan OPPO Band 2 - Bawah RM250 Dan Ini Kisahnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
  • Keuntungan Anthropic Dilaporkan Atasi OpenAI, Dijangka Capai RM430 Bilion Tahun Ini
  • UPSI Dan HONOR Malaysia Bakal Tubuh Makmal AI Dengan Tajaan RM400,000
  • Xbox Kini Ada Alat Kawalan Lebih Kecil, Ringan - Xbox Nano Controller
  • Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer
  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • IBM Beri Amaran Bahaya Pengkomputeran Kuantum Pada Keselamatan Siber
  • Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
©2026 WISER.MY