(Ulasan) Samsung Galaxy Watch 5 Pro - Bateri Tahan Berhari-Hari, Pakai Terus 'Auto Hensem' Tapi...

Samsung secara rasminya sudah pun menawarkan jam pintar premium dan berprestasi untuk pasaran temapatan iaitu Galaxy Watch 5 Pro.

Jam pintar terbaru Samsung ini adalah yang pertama ditawarkan dalam versi Pro.

Daripada spesifikasi dan ciri yang ditawarkan, Samsung mensasarkan Galaxy Watch 5 Pro untuk pengguna profesional dan aktif.

Galaxy Watch 5 Pro dipacu oleh cip berkuasa Exynos W920 Dual-Core @ 1.18 GHz, 1.5 GB RAM dengan storan terbina 16 GB serta skrin Super AMOLED yang bersaiz 45mm.

Menjadikannya lebih premium adalah kerangka jam pintar ini yang menggunakan material daripada titanium dengan cerminnya pula adalah daripada sapphire crystal.



Sekaligus menjadikan jam pintar ini begitu kukuh, kemas buatannya dan sangat tahan lasak untuk apa jua aktiviti yang anda lakukan bersamanya.

Secara peribadi, penulis, lebih gemarkan rekaan jam berbentuk bulat sepertimana Galaxy Watch 5 Pro ini kerana ia nampak lebih elegan, sporty dan bergaya.

Warna hitam Black Titanium Galaxy Watch 5 Pro ini menaikkan lagi gaya eksklusif dan premium pada si pemakainya.

Galaxy Watch 5 Pro dilengkapi dengan pelbagai ciri utama yang semestinya ada pada sesebuah jam pintar premium.

Antaranya adalah ciri capaian GPS dan ciri turn-by-turn untuk navigasi jam ini yang merupakan salah satu ciri paling utama Galaxy Watch 5 Pro.

Selain itu ciri sambungan Wi-Fi, imbasan kadar degupan jantung pada masa sebenar, sokongan pengecasan tanpa wayar, NFC yang membolehkan pembayaran tanpa tunai, imbasan penuh komposisi badan serta banyak lagi ciri lain sekaligus menjadikan Galaxy Watch 5 Pro sebagai salah sebuah jam pintar premium mampu milik yang ada di pasaran ketika ini.

{suggest}



Secara peribadi, apa yang paling penulis suka dengan jam pintar ini adalah ketahanan baterinya di mana ia mampu beroperasi selama hampir 7 hari selepas baterinya dicas penuh 100%.

Walaupun digunakan secara aktif seperti membuat panggilan telefon, menyambungkannya dengan Wi-Fi, mengaktifkan GPS dan lain-lain, bateri jam ini masih mampu bertahan sehingga hampir 3 hari lamanya.

Ia adalah salah satu kelebihan Galaxy Watch 5 Pro yang dimuatkan dengan kapasiti bateri 590mAh.

Satu-satunya jam pintar yang dimuatkan dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini.

Jadi, anda tidak perlulah mengecas jam pintar ini setiap hari seperti mana jam pintar berprestasi yang lain.

Rekaan


Selain itu, rekaan pada bingkai jam pintar ini juga lebih baik kerana bingkainya yang timbul lebih tinggi daripada skrin jam.

Sekaligus dapat mengelakkan ia daripada mudah terdedah kepada calar atau kerosakan daripada aktiviti harian anda.

Bukan sekadar beri perlindungan, menyentuh skrin jam ini juga secara tidak sedar sebenarnya lebih baik berbanding sebelum ini.


Tapi...


Galaxy Watch 5 Pro adalah sebuah jam pintar yang hampir sempurna. Tetapi terdapat satu kegagalan dari Samsung yang sedikit mencacatkan jam pintar ini.

Kecacatan yang penulis maksudkan di sini adalah pada rekaan Galaxy Watch 5 Pro di mana untuk mengecasnya secara wayarles dari telefon pintar Samsung, penulis terpaksa menanggalkan tali jam tersebut.

Ini kerana jika tidak ditanggalkan, pengecasan secara wayarles tidak dapat dilakukan kerana tali jam pintar tersebut menghalang jam itu daripada menyentuh pengecas wayarles.

Menyebabkan pengecasan secara wayarles tidak berfungsi. Walaupun ia bukanlah satu isu utama, tetapi secara peribadi penulis merasakan ia begitu leceh dan menjengkelkan.


Kesimpulan


Samsung sememangnya mensasarkan Galaxy Watch 5 Pro untuk pengguna aktif tetapi pada masa yang sama mensasarkan kepada mereka yang mahukan sebuah jam pintar yang bergaya dan kelihatan premium.

Diperbuat daripada material berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan pelbagai ciri premium sekaligus menjadikan Galaxy Watch 5 Pro berbaloi dimiliki.

Selepas lebih 2 minggu menggunakan Samsung Galaxy Watch 5 Pro ini, penulis boleh simpulkan bahawa ia sebagai salah sebuah jam pintar premium berprestasi terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Galaxy Watch 5 Pro sudah pun b oleh dipra tempah menerusi stor rasmi Samsung di Shopee dan Lazada pada harga RM1,899.00.

Beli Galaxy Watch 5 Pro di:-

Shopee - https://invle.co/cldz0i5

Lazada - https://invol.co/cldz0kx