Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1000X THE COLLEXION

Sony 1000X THE COLLEXION Dilancarkan, Fon Kepala Premium Berharga RM2,799

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh ariff bukhari

Sony meraikan ulang tahun ke-10 siri 1000X dengan pelancaran 1000X THE COLLEXION™, fon kepala premium yang menggabungkan reka bentuk mewah dan teknologi audio terkini.

Direka menggunakan logam sandblasted dan kulit tiruan halus, ia bukan sahaja tahan lama tetapi juga memberikan keselesaan sepanjang hari.

Hadir dalam warna Platinum dan Hitam, fon kepala ini menampilkan unit pemacu khas dengan kubah komposit karbon untuk bunyi lebih jelas dan mendalam.

Sony 1000X THE COLLEXION Dilancarkan, Fon Kepala Premium Berharga RM2,799

Pembangunan fon kepala ini, Sony bekerjasama dengan jurutera GRAMMY® bagi menghasilkan audio seimbang berkualiti tinggi.

Antara ciri utama fon kepala baharu ini adalah ia menjadi fon kepala pertama dengan DSEE Ultimate™ berasaskan AI serta sokongan 360 Reality Audio Upmix untuk muzik, filem dan permainan.

Dengan 12 mikrofon dan Adaptive NC Optimizer, ia menawarkan pembatalan hingar terbaik industri serta hayat bateri sehingga 24 jam.

Sudah tiba di Malaysia, Sony 1000X THE COLLEXION™ ini dijual pada harga RM2,799.

Beli fon kepala terbaru Sony dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clngsow
  • Lazada – https://invl.me/clngsp0

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399
  • Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio
  • Sony Xperia 1 VIII Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY