Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Swift Go 14 10

(Ulasan) Acer Swift Go 14 – Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000

Diterbitkan Jun 22, 2023 · Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia dalam bulan April yang lalu telah pun mengumumkan barisan model terbaru komputer riba bagi siri Acer Swift dengan salah satunya adalah Acer Swift Go 14.

Acer Swift Go 14 merupakan kategori komputer riba mampu milik dan ringan tetapi dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup berkuasa.

Spesifikasi

Untuk model terbaru Acer Swift Go 14 tahun 2023 ini yang diuji penulis, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan dari AMD Ryzen 7 7730U 2.0Ghz.

Ia merupakan cip pemprosesan yang direka khas untuk komputer riba nipis dan ringan.

Swift Go 14 1

Ia dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR4X dan storan SSD NVMe Gen4 berkapasiti 512GB.

Untuk kuasa grafiknya pula ia menggunakan cip AMD Radeon dengan saiz paparan 14 inci Full HD 1920 x 1080.

Acer Swift Go 14 juga disertakan bersama dengan sistem operasi Windows 11 Home serta tersedia dengan perisian Microsoft Office yang boleh dituntut secara percuma terus dari Microsoft Store.

Acer Swift GO 14 AMD 2023

Tersedia pelbagai sambungan

Tidak seperti kebanyakkan komputer riba yang ada di pasaran ketika ini yang hanya dilengkapi dengan sambungan USB-C sahaja, Swift Go 14 terbaru masih mengekalkan pelbagai jenis sambungan.

Ia termasuklah sambungan 2xUSB-C, HDMI, USB dan bicu audio 3.5mm.

Jadi anda tidak perlu membeli aksesori lain untuk sambungan tambahan komputer riba ini.

Swift Go 14 4
Swift Go 14 5

Ringan dan nipis

Acer Swift Go 14 masih lagi dikategorikan sebagai komputer riba ringan dan nipis di mana ia hanya seberat 1.25kg dan ketebalan 1.59cm.

Untuk sebuah komputer riba bersaiz 14 inci, ia masih dianggap ringan dan tidak membebankan.

Swift Go 14 7

Skrin IPS

Walaupun skrin Acer Swift Go 14 adalah anti silau, jelas dan terang, tetapi disebabkan sudah terbiasa dengan komputer riba yang menggunakan paparan OLED, perbezaan dari segi kualiti visual dapat dirasakan begitu ketara sekali.

Malah menaikkan bagi membuka paparan Swift Go 14 ini adalah menjengkelkan kerana perlu menggunakan 2 tangan.

Swift Go 14 2
Swift Go 14 3
Tahun 2023 ni sepatutnya naikkan skrin laptop sebelah tangan je.

Ciri keselamatan

Untuk ciri keselamatan, Swift Go 14 menyokong ciri imbasan cap jari yang boleh ditetapkan pada butang On/Off nya.

Swift Go 14 6

Tetapi tidak menyokong ciri keselamatan imbasan wajah kerana limitasi keupayaan kamera hadapannya.

Screenshot 2023-06-22 120258

Rekaan dan keselesaan

Dari aspek rekaan, tiada yang istimewa pada Swift Go 14 ini. Ia masih mengekalkan rekaaan fizikal yang boleh dikatakan sudah berusia, tidak up to date.

Menaip di papan kekunci komputer riba ini pula masih selesa dan lancar. Lampu backlit nya menjadi penyelamat papan kekunci komputer riba ini. Juga walaupun pad sentuhnya agak kecil, tetapi ia bukan satu isu besar.

Swift Go 14 8

Penggunaa warna “Pure Silver” pada komputer riba ini menampakkan ia sebagai peranti yang sudah usang. Acer patut mewarnakan komputer riba mereka dengan warna yang lebih ceria.

Bateri tahan lama

Namun begitu, jika keutamaan anda adalah sebuah komputer riba dengan keupayaan bateri tahan lama, Acer Swift Go 14 adalah antara yang paling sesuai untuk anda.

Dimuatkan dengan bateri Li-ion berkapasiti 50Wh, Acer mendakwa Swift Go 14 mampu beroperasi sehingga 13 jam.

Berdasarkan pengalaman penulis pula, ia mampu mencapai tempoh tersebut tetapi ia juga bergantung kepada tetapan lain seperti kadar kecerahan skrin dan lampu papan kekunci, sambungan peranti dan lain-lain.

Audio sekadar ada

Kualiti audio dari komputer riba ini pula biasa sahaja, tapi lebih baik ada dari tiada langsung.

Berbaloi tak?

Pengakhirannya, adakah Acer Swift Go 14 ini berbaloi dimiliki?

Jika anda mahukan sebuah komputer yang ringan, bateri tahan lama,  masih mampu milik harga di bawah RM4,000 serta lengkap tersedia dengan perisian Microsoft Office dan sambungan untuk pelbagai peranti, Acer Swift Go 14 adalah antara model yang ada ditawarkan di pasaran ketika ini.

Malah dengan spesifikasi yang ditawarkan seperti cip dari AMD, storan pantas 512GB dan RAM 16GB, ia merupakan tarikan utama yang ada pada komputer riba ini.

Swift Go 14 11

Tetapi jika anda mahukan sebuah komputer riba yang lebih berkuasa dan bergaya serta spesifikasi yang lebih premium seperti skrin OLED, Acer Swift Go 14  bukanlah untuk anda.

Acer Swift Go 14  dijual dengan harga bermula dari RM3,199 (varian AMD Ryzen 5) dan RM3,999 (varian AMD Ryzen 7).

Beli Acer Swift Go 14 AMD Ryzen 5 atau 7 di Lazada

Beli Acer Swift Go 14 AMD Ryzen 5 atau 7 di Shopee

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY