Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-12

(Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 – ‘Laptop’ Premium 1 cm

Diterbitkan Mei 16, 2023 · Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS telah pun melancarkan model komputer riba terbaru untuk pasaran global bagi tahun 2023 iaitu ZenBook S 13 OLED.

ASUS menyatakan bahawa komputer riba OLED terbaru mereka ini adalah yang ternipis di dunia.

Jadi benarkah ia sangat nipis dan adakah ia sekadar itu sahaja?

Sangat ringan dan nipis

Pertama kali memegang ZenBook S 13 OLED memang mengejutkan penulis, ia terasa begitu ringan sekali.

Jauh berbeza dengan model komputer riba yang pernah digunakan penulis sebelum ini. Malah ketebalannya terasa begitu nipis seakan memegang sebuah tablet.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-11

Gabungan rekaan nipis dan beratnya yang begitu ringan menjadikan ia begitu istimewa menyebabkan penulis gemar berdamping dengannya dan membawanya ke mana sahaja.

Sama ada di pejabat mahupun luar pejabat.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-10
Menaip di ZenBook S 13 OLED ini memang menyeronokkan.

Rekaan kemas

Menyentuh ZenBook S 13 OLED ini memang anda akan terasa dan secara automatik menyedarinya bahawa ia merupakan sebuah komputer riba yang direka dengan begitu baik.

Dalam bentuk kecil bersaiz 13 inci ini, ASUS bukan sahaja berjaya menghasilkan sebuah komputer riba ultra nipis dan ringan, tetapi juga memenuhi kehendak pengguna yang mahukannya lengkap dengan sambungan untuk pelbagai peranti.

ZenBook  S 13 OLED terbaru ini kini padat dilengkapi dengan sambungan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4 yang menyokong bagi sambungan paparan luar atau pengecasan, 1x HDMI 2.1 TMDS dan 1x bicu audio 3.5mm.

Jadi anda tidak perlu membeli sambungan tambahan untuk menyambung peranti lain bersama ZenBook ini.

Zenbook S 13 OLED_UX5304_Basalt Gray_Basic_04
Walaupun nipis tapi masih lengkap dengan pelbagai jenis sambungan peranti.
Zenbook S 13 OLED_UX5304_Basalt Gray_Basic_03

Moden dan bergaya

Bukan itu sahaja, ZenBook S 13 OLED ini adalah hadir dengan rekaan moden dan bergaya.

Menghiasi di bahagian atas komputer riba ini, ia disaluti dengan lapisan bercorak yang memberikan rasa premium apabila dipegang mahupun dipandang.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-1

Malah ia begitu tahan sehingga ia tahan calar dan kalis cap jari yang boleh menjadikan komputer riba ini kelihatan comot dengan cap jari.

Prestasi premium

Untuk aspek prestasinya pula, ZenBook S 13 OLED dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa dari Intel Core i5 Evo Gen-13 atau Intel Core i7 Evo Gen-13.

Penggunaan cip berkuasa ini sekaligus menandakan bahawa ZenBook S 13 OLED terbaru ini adalah komputer riba premium dan berprestasi yang menyokong ciri moden seperti sokongan sambungan WiFi/Bluetooth pantas dan peranti luar berkelajuan tinggi, pembatalan hingar dan sokongan khas ciri kamera serta penjimatan bateri.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-5
Dikuasakan oleh cip Intel evo sekaligus menyatakan status ZenBook S 13 OLED ini sebagai sebuah komputer riba premium.

Kuasa grafiknya pula dikuasakan oleh cip Intel Iris Xe Graphics yang memberikan kualiti visual mengagumkan menerusi skrin OLED 13.3 inci, 2.8K (2880 x 1800).

Kualiti visual dari skrin ZenBook S 13 OLED ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan akan paparan visualnya yang mengagumkan.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-4

Menonton video di sini secara penstriman sememangnya sangat memuaskan hati kerana ia begitu terang dan kaya dengan warna. Layan movie pun jadi best.

Bateri tahan lama

Walaupun nipis, ASUS berjaya memuatkan ZenBook S 13 OLED dengan bateri yang mampu beroperasi untuk tempoh yang cukup lama. Cukup untuk beroperasi sepanjang hari kerja anda.

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-6
Sudut bukaan skrinnya boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Penulis yang mencuba sendiri komputer riba ini mampu mendapat sehingga 10 jam dengan tetapan kadar kecerahan skrin pada tahap 70% bagi melayari internet, mendengar lagu, menonton video di YouTube dan menaip bersamanya.

Malah ia berupaya beroperasi lebih lama jika tetapan pada sistem operasi Windows 11 ditetapkan kepada mod penjimatan bateri.

Berbaloikah?

Persoalan seterusnya adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

ASUS Zenbook S 13 OLED UX5304-7

Rekaan moden, buatan kemas dan berkualiti, spesifikasi premium serta harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM4,999, ASUS ZenBook S 13 OLED sudah pastinya komputer riba ultra ringan dengan skrin OLED terbaik di pasaran ketika ini.

Ia amat sesuai bagi anda yang mahukan sebuah komputer riba ringan, nipis, berprestasi dan bergaya untuk kerjaya mahupun pelajar universiti.

Untuk pencipta kandungan pula, ZenBook S 13 OLED ini mungkin adalah komputer riba permulaan yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Beli ASUS ZenBook S 13 di Shopee

Beli ASUS ZenBook S 13 di Lazada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14X OLED - Nak Nampak Bergaya, Inilah Komputer Ribanya
  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY