Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LENOVO YOGA 16

(Ulasan) Lenovo Yoga 9i – Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik

Diterbitkan Februari 23, 2023 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini Lenovo telah pun melancarkan model komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Lenovo Yoga 9i.

Pihak Wiser telah diberi kesempatan untuk menguji sendiri komputer riba ini dan ini adalah pendapat penulis tentang Lenovo Yoga 9i.

Rekaan Moden dan Berkualiti

Lenovo berjaya menghasilkan sebuah komputer riba 2 dalam 1 ini dengan rekaan moden yang baik sekali.

Lebih penting lagi adalah kualiti binaan yang kukuh, kemasan premium dan sangat ringan (hanya seberat 1.4kg) sekaligus memberikan rasa yakin, tahan lasak dan bergaya ketika menggunakannya.

LENOVO YOGA 7

Berprestasi

Sudah tentunya untuk sebuah komputer riba anda mahukan ia berprestasi dan mampu melakukan pelbagai tugasan tanpa sebarang isu.

Dikuasakan oleh cip Intel Gen-13 i7, Lenovo Yoga 9i mampu menyampaikan prestasi yang anda mahukan.

Ia juga dimuatkan dengan RAM 16GB (LPDDR5-5200) serta storan pantas SSD NVMe berkapasiti 1TB. Jadi tiada isu prestasi atau isu storan tak cukup pada komputer riba ini.

LENOVO YOGA 10
Spesifikasi Lenovo Yoga 9i memberikan prestasi yang terbaik di mana jua lapangan kerja anda.

OLED dan Bowers & Wilkins

Untuk paparannya pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh OLED 14 inci 2.8K (2880×1800) 90Hz yang menyokong kadar kecerahan sehingga 400nit.

Sekaligus memberikan kualiti visual yang sangat memuaskan. Malah apabila ditonton dalam pelbagai sudut, anda dapat lihat video yang dipaparkan dengan begitu jelas.

Begitu juga dengan kualiti audio yang dihasilkan juga tidak perlu dipertikaikan. Bunyi yang terhasil dari Bowers & Wilkins yang dimuatkan pada Yoga 9i ini menghasilkan audio sekeliling yang sangat memuaskan apabila melayan muzik mahupun menonton video.

LENOVO YOGA 6
Kualiti audio sekeliling dari Yoga 9i memang terbaik.

Bateri sehingga 10 jam

Lenovo Yoga 9i dimuatkan dengan bateri terbina 75Wh yang Lenovo dakwa mampu mengoperasikan Yoga 9i ini sehingga 10.5 jam.

Tetapi sepanjang ujian yang dibuat, maksimum operasi yang penulis dapat adalah dalam sekitar 7 jam sahaja yang penulis berpendapat adalah masih cemerlang untuk sebuah komputer riba.

 

Isu dan lain-lain

Sepanjang menggunakan Yoga 9i lebih seminggu, tiada isu pun yang dihadapi penulis. Prestasi yang disampaikan sangat baik, tiada isu kegagalan sistem operasi atau perkakasan seperti skrin sentuh tersekat-sekat atau lain-lain isu yang menjengkelkan.

Menaip di komputer riba ini juga sangat menyenangkan kerana papan kekunci yang direka dengan begitu baik dan kemas.

LENOVO YOGA 5
Menaip di papan kekunci dengan backlit Yoga 9i ini memang begitu selesa sekali.

Malah touchpad Lenovo Yoga 9i ini juga yang bersaiz besar sangat menyenangkan kerana ia memberikan ruang yang sangat luas , begitu lancar dan mudah menavigasi kursor.

Sejujurnya, ini adalah touchpad terbaik yang pernah penulis cuba pada sebuah komputer riba Windows.

Kesimpulan

Lenovo Yoga 9i berharga dari RM7,299 yang pada pendapat penulis sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki berdasarkan kepada pakej yang Lenovo tawarkan pada komputer riba ini.

Lenovo berjaya menghasilkan sebuah komputer riba fleksibel berkualiti dengan rekaan moden dan bergaya.

Ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan sebuah komputer riba fleksibel, ringan yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja tetapi pada masa yang sama berprestasi.

LENOVO YOGA 13
Skrin sentuh OLED Yoga 9i dengan kadar segar 90Hz serta kadar kecerahan maksimum 400nits sememangnya sangat memuaskan.

 

Menjadikannya lebih menarik, Lenovo Malaysia kini sedang menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,315, eksklusif dengan pembelian Lenovo Yoga 9i  yang dibuat di mana-mana Lenovo Exclusive Store (LES).

Hadiah percuma yang diberikan dalam promosi ini termasuklah Lenovo 27” Gaming Monitor QHD (LG27q-30) bernilai RM1,249, Yoga Mouse dengan Laser Pointer bernilai RM209, Grab Gift Voucher bernilai RM330 dan banyak lagi.

Untuk masa terhad ini juga, pelanggan yang membeli Yoga 9i boleh menikmati Perlindungan Kerosakan Akibat Kemalangan (ADP) selama 1 tahun bernilai RM299 dengan hanya RM1 sahaja.

Berkaitan

  • Ini Beza Antara Android TV Dengan Smart TV
  • Ini Mungkin Spesifikasi Siri Black Shark 6 Yang Didakwa Tertiris
  • Kerajaan Pertimbang Tempoh Maksimum Perbaharui Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY