Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI MODERN 14 2023 4

MSI Modern 14 – ‘Laptop’ Bajet Dengan ‘Spec’ Lama Tapi Masih Mantap

Diterbitkan Mei 5, 2023 · Dikemas kini Mei 8, 2023 oleh ariff bukhari

Bagi anda yang mungkin tercari-cari komputer riba harga mampu milik tapi mahukan spesifikasi yang mampu memuaskan hati, MSI Modern 14 mungkin jawapan untuk anda.

Ini kerana pada harga harga mampu milik, anda boleh memilih model yang bersesuaian dengan bajet dan pilihan spesifikasi yang anda mahukan.

Pilihan spesifikasi

MSI Modern 14 didatangkan dengan pilihan cip pemprosesan dari siri Intel Core i3 sehinggalah Core i7 Gen 11 dengan sistem operasi Windows 10 (boleh dinaik araf kepada Windows 11 secara percuma).

Kuasa grafiknya pula adalah dari cip Intel Iris Xe atau jika anda mahukan lebih kuasa grafik, anda boleh memilih cip grafik NVIDIA GeForce MX450 dengan 2GB GDDR5.

Untuk memori RAM pula, ia menyokong sehingga 32GB serta storan pantas NVMe PCIe Gen4.

Manakala paparannya menggunakan panel IPS bersaiz 14 inci (1920×1080) dengan kadar segar 60.05Hz.

MSI MODERN 14 2023 6
Skrin dengan ciri anti silau dan bukaan sehingga sudut 180 darjah antara ciri utama MSI Modern 14.

Murah

Untuk varian MSI Modern 14 dengan Intel Core i3 dan i5, anda boleh mendapatkan komputer riba ini pada harga di bawah RM2,500.

Malah untuk harga ini, MSI Modern 14 dilengkapi dengan ciri lampu papan kekunci yang pastinya amat dihargai pengguna kerana ia amat membantu khususnya apabila menaip di dalam keadaan pencahayaan yang kurang.

Menjadikannya antara komputer riba mampu milik yang ada di pasaran ketika in tersedia dengan ciri lampu papan kekunci.

MSI MODERN 14 2023 3
Menaip mungkin kurang ‘sedap’ atau puas dengan papan kekunci MSI Modern 14 ini kerana materialnya yang terasa rapuh. Tetapi untuk kelancaran trackpad nya, ia berfungsi dengan agak baik.

Kaya dengan sambungan peranti

Untuk sebuah komputer riba bajet, MSI tidak kedekut memnuhkannya dengan pelbagai sambungan untuk pelbagai peranti termasuklah  bicu audio 3.5mm, 1x Type-C USB3.2 Gen2, 2x Type-A USB3.2 Gen1, 1x Pembaca Kad Micro SD dan sambungan 1x HDMI 2.1 (4K @ 60Hz).

MSI MODERN 14 2023 2
MSI MODERN 14 2023 1

Jadi, anda mendapat pelbagai sambungan untuk pelbagai peranti yang berbeza tanpa perlu lagi membeli penyambung tambahan untuk peranti-peranti tersebut.

Padanlah dengan harganya

Untuk menjadikannya sebuah komputer riba mampu milik, pastinya terdapat beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan.

Ini jelas terlihat pada material dan kualiti binaan pada komputer riba ini yang begitu ketara menggunakan material murah.

Malah keupayaan baterinya adalah sangat singkat. Sepanjang mengujinya, bateri MSI Modern 14 hanya mampu beroperasi kurang dari 5 jam.

Tempoh itu diperolehi ketika ia digunakan hanya melayari internet serta kadar kecerahan skrin  pada tahap 20% sahaja.

Tetapi MSI berjaya menjadikannya sebuah komputer riba ringan dan nipis serta nampak kukuh.

Tepuk dada, tanya selera

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, MSI Modern 14 adalah komputer riba bajet yang masih berprestasi walaupun dilengkapi dengan perkakasan yang sudah agak berusia.

Kualiti binaan yang kurang kemas dan material yang terasa murah mungkin tidak menjadi isu bagi sebahagian pengguna yang hanya mahukan komputer riba dengan spesifikasi perkakasan yang boleh diharap.

MSI MODERN 14 2023 5
Untuk menggunakan MSI Modern 14 di lapangan tidak begitu praktikal kerana ketahanan baterinya yang singkat.

Ya, MSI Modern 14 adalah antara komputer riba termurah dengan spesifikasi perkakasan yang baik di pasaran ketika ini.

Tetapi harganya boleh mencecah RM3,000 bagi varian Intel Core i7 dengan grafik dari NVIDIA GeForce MX450.

Jadi ianya semua terpulang kepada bajet, kehendak dan kemampuan anda. Tepuk dada, tanya selera.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14X OLED - Nak Nampak Bergaya, Inilah Komputer Ribanya

Beli MSI Modern 14 di Shopee atau di stor rasmi MSI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY