Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UiTMSAT-2 orbit_

UiTMSAT-2 Berjaya Dilepaskan Ke Orbit Dari ISS

Diterbitkan Februari 4, 2026 · Dikemas kini Februari 4, 2026 oleh Amalina Athman

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah apabila nanosatelit keduanya, UITMSAT-2, berjaya dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 6.52 petang, 3 Februari 2026.

UiTMSAT-2 merupakan satelit CubeSat 1U dengan berat sekitar 1.1 kilogram yang dilepaskan melalui modul Japanese Experiment Module (JEM) menggunakan mekanisme JEM Small Satellite Orbital Deployer (J-SSOD).

Satelit ini menggunakan jalur frekuensi VHF-UHF amateur radio dan membawa misi utama kamera pemerhatian bumi serta misi sekunder internet benda berasaskan angkasa (space-based Internet-of-Thing) bagi penghantaran data penderia dari kawasan terpencil yang tidak mempunyai rangkaian sambungan darat.

UiTMSAT-2 orbit_3
Foto: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
UiTMSAT-2 orbit_2
Foto: Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pada 26 Oktober 2025, pelancaran UiTMSAT-2 ke ISS telah dilaksanakan menggunakan roket H3 F7 oleh Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) dari Pusat Angkasa Tanegashima, sebelum kenderaan HTV-X berlabuh di ISS pada 30 Oktober 2025.

Projek UiTMSAT-2 diterajui oleh UiTM sebagai institusi utama dengan kolaborasi strategik bersama University of Perpetual Help System DALTA (Filipina), King Mongkut’s University of Technology North Bangkok (Thailand) serta Kyutech, Jepun sebagai penyokong teknikal.

Pembiayaan projek disumbangkan oleh MOSTI melalui Dana ICF sebanyak RM500,000, UiTM melalui Dana SRP, serta sumbangan kewangan rakan kolaborasi antarabangsa.

Berkaitan

  • TerraX-1 Berjaya Dilancarkan - Satelit Pertama Malaysia Guna Teknologi SAR
  • UiTM Lancar Nanosatelit UiTMSAT-2 Ke ISS
  • UiTM Johor Dan Huawei Berhasrat Tubuh Akademi ICT
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • China Berjaya Sambungkan Loji Simpanan Tenaga Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
©2026 WISER.MY