Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UiTM Johor Dan Huawei Berhasrat Tubuh Akademi ICT

UiTM Johor Dan Huawei Berhasrat Tubuh Akademi ICT

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh ariff bukhari

UiTM cawangan Johor dan Huawei Malaysia telah menandatangani Surat Hasrat (LoI) untuk bersama menubuhkan Huawei ICT Academy di kampus UiTM Johor.

Akademi ini bertujuan memperkasa ekosistem bakat digital dengan menyediakan latihan dan pensijilan dalam bidang teknologi utama seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), dan Pengkomputeran Awan.

“Akademi Huawei ICT diwujudkan sebagai jambatan antara akademia dan industri. Tujuan utamanya ialah untuk membina ekosistem tempatan yang kukuh bagi pembelajaran dan pensijilan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang maju untuk guru dan pelajar. Ia juga membantu menyelaraskan keperluan semasa industri dengan apa yang dihasilkan oleh akademia. Misi utamanya adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan, dan pendedahan global yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital, meningkatkan prospek kerjaya mereka,” Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun.

Inisiatif ini diumumkan semasa acara “Intelligent World 2035” di Segamat, Johor, yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

UiTM Johor menegaskan komitmennya untuk melahirkan graduan celik teknologi, manakala Huawei telah melatih lebih 54,000 individu di Malaysia setakat ini, melepasi sasaran awal menjelang 2025.

Berkaitan

  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • (Video) Ciptaan Pelajar Malaysia Terpilih Untuk Top 20 James Dyson Award 2025
  • UiTM Lancar Nanosatelit UiTMSAT-2 Ke ISS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY