Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UiTMSAT-2 H3 F7

UiTM Lancar Nanosatelit UiTMSAT-2 Ke ISS

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan nanosatelit keduanya, UiTMSAT-2, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi misi HTV-X1 yang berlepas menggunakan roket H3 F7 dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, Jepun, pada 26 Oktober 2025.

Memetik laporan Berita RTM, UiTM berkata pelancaran yang disiarkan secara langsung oleh Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) menandakan satu detik penting bagi Malaysia dan ASEAN apabila UiTM mengetuai misi satelit serantau pertama yang dibangunkan di bawah inisiatif ASEANSAT.

Kenderaan HTV-X1 dijangka berlabuh di ISS dalam tempoh 48 hingga 72 jam sebelum UiTMSAT-2 ditempatkan di orbit rendah Bumi pada suku pertama tahun depan. UiTMSAT-2 merupakan nanosatelit pertama direka dan dibangunkan sepenuhnya oleh universiti ASEAN, sekali gus mengangkat UiTM sebagai peneraju serantau dalam pembangunan teknologi angkasa dan diplomasi saintifik.

UiTMSAT-2 bersaiz CubeSat 1U (10x10x11.35 sentimeter, 1.1 kilogram) dilengkapi kamera beresolusi tinggi dan sistem Internet of Things (IoT) berasaskan komunikasi satelit.

Antara objektifnya ialah pemerhatian bumi, aplikasi IoT untuk pertanian pintar, fungsi store-and-forward bagi penghantaran data dari kawasan terpencil serta latihan penyelidik ASEAN dalam teknologi angkasa.

Sementara itu, Ketua Projek, Ts. Dr. Fatimah Zaharah Ali, menjelaskan UiTMSAT-2 bukan sekadar pelancaran satelit, tetapi lambang keupayaan UiTM melahirkan penyelidik muda berpotensi global hasil pelaburan strategik jangka panjang universiti.

Projek tersebut dibiayai melalui Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM500,000, dengan tambahan RM20,000 daripada Dana Perkongsian Penyelidikan Strategik (SRP) UiTM.

Filipina turut menyumbang USD40,000, manakala Thailand membantu menerusi sumbangan peralatan dan kepakaran teknikal.

Kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memperkukuh misi itu melalui pengesahan spesifikasi teknikal serta nasihat dasar bagi memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • 15 Satelit Yang Telah Dilancarkan Malaysia Ke Orbit Bumi Sejak 1996 - Bah. 1
  • TerraX-1 Berjaya Dilancarkan - Satelit Pertama Malaysia Guna Teknologi SAR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY