Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
u mobile ultra hotspot

U Postpaid: Penggunaan ‘Hotspot’ Disekalikan, Kuota Pelan RM38/Bulan Pula Naik Ke 60GB

Diterbitkan Februari 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

U Mobile hari ini memaklumkan peningkatan kuota data pelan U Postpaid 38 dan Ultra Hotspot yang membenarkan penggunaan hotspot dengan kuota utama.

Kuota pelan pascabayar U Postpaid 38 (RM38) dinaikkan daripada 30GB ke 60GB, bermula hari ini. Ia melibatkan penggunaan 4G dan 5G.

UP38 Doubled Data & Ultra Hotspot 5G

Dalam pelan bulanan ini, panggilan domestik percuma turut dibekalkan.

Untuk Ultra Hotspot pula, penggunaan hotspot anda kini disekalikan dalam kuota data biasa dan tidak diasingkan lagi. Kata U Mobile, ia tersedia buat masa terhad.

Bermakna, jika anda menggunakan U Postpaid yang sudah berkuota 60GB, maka penggunaan hotspot juga termasuk dalam peruntuk 60GB tersebut.

Ultra Hotspot ini terpakai pada pelan pascabayar:

  • U Postpaid 38 (60GB)
  • U Postpaid 68 (100GB)
  • U Postpaid 98 (1000GB)

Maklumat terperinci boleh didapati di laman web U Mobile.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY