Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi mobile 2023

Unifi Mobile Keluarkan Pakej Bulanan Baharu, RM25 Untuk 30GB Sekali ‘Hotspot’

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Unifi Mobile mula menawarkan pelan bulanan baharu mereka. Ia berharga RM25 dengan kuota data 30GB untuk tempoh sebulan. Kerana ia mempunyai kuota, maka tiada FUP untuk pelan kali ini.

  • RM30
  • 30GB termasuk hotspot (4G dan 5G)
  • Tiada panggilan percuma

Ya, RM30 ini hanya untuk internet semata-mata, tiada panggilan percuma diberikan seperti kelaziman pelan bulanan. Pelik tapi benar.

unifi mobile 2023

Satu-satunya perkara menarik ialah tiada pengasingan kuota untuk hotspot.

Kalau anda mahu data tambahan (4G sahaja), pakej menawarkan 1GB untuk RM13, 2GB untuk RM15, 4GB untuk RM30 dan 8GB untuk RM50.

Sangat mahal, bagi saya.

unifi mobile sim starter

Untuk makluman, pelan sedia ada RM35 yang hadir terang-terangan dengan ‘unlimited‘ pula sejak semalam sudah mengenakan FUP sebanyak 60GB sebulan dengan hotspot 5GB.

Dengan beza RM10 untuk 2 kali ganda data, pengguna mungkin akan terus langgan pelan (baca: kononnya) tanpa had RM35 daripada RM30 30GB.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Ini Senarai Peranti Yang Sokong 5G Untuk Unifi Mobile
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Prabayar Unifi Pun Dah Ada FUP 4G Dan Kelajuan Maksimum 5Mbps, Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%

Secara peribadi, saya berpendapat ia hanya langkah pemasaran Unifi untuk dapatkan pelanggan bagi pelan RM35 dan mahu pelanggan fikir “Lebih baik RM35, 60GB 2x lebih besar”.

Tapi, pelanggan sebelum ini sudah sedar bahawa betapa mengecewakan pelan RM35 sekarang kerana asalnya ia tidak mempunyai FUP. Beberapa minggu lalu hadir dengan FUP 100GB dan kemudian diturunkan lagi ke 60GB.

Untuk senarai pelan prabayar dan pascabayar yang sokong 5G di Malaysia sekarang, boleh baca artikel INI. Nak tahu kenapa FUP selalu dimasukkan dalam pelan yang kononnnya tanpa? Baca di SINI.

Apa kata anda?

Sumber: Unifi Mobile

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY