Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Diterbitkan November 19, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Ringkasan Ulasan: PRISM+ Q65-QE 2026

Wiser memberi PRISM+ Q65-QE 2026 skor 7.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM2,499 semasa ulasan ini diterbitkan pada 19 November 2026.

Produk PRISM+ Q65-QE 2026
Skor Wiser 7.5/10
Harga (semasa ulasan) RM2,499
Diulas oleh Iskandar Afiq Shaharuddin
Tarikh ulasan 19 November 2026

Kelebihan

  • Resolusi 4K
  • Bingkai yang nipis dan seragam
  • Speaker stereo yang kuat
  • Google TV 14
  • Apple AirPlay
  • Banyak input di belakang
  • 10GB storan dalaman
  • Sokong storan luaran
  • HDMI CEC

Kekurangan

  • Kurang butang fizikal pada TV
  • Warna asal skrin kelihatan kurang natural
  • MEMC
  • 120Hz hanya disokong konsol tertentu

Beli di: Shopee · Lazada

PRISM+ bukanlah sebuah jenama televisyen yang asing lagi dalam Malaysia. Jenama Singapura ini telah wujud sejak tahun 2017, dan sehingga kini, masih lagi relevan kerana masih ada permintaan.

Kini, mereka kembali dengan TV terbaru, iaitu PRISM+ Q65 Quantum Edition (QE) 2026. Pada harga bermula RM2499, adakah TV ini menjangkaui tanda harganya?

Skrin

Seperti yang tertera pada nama TV, ia adalah TV 65 inci dengan resolusi 3840×2160 atau 4K. Jadi, segala jenis video dan filem yang dipaparkan pada televisyen ini kelihatan sangat tajam.

size display prism plus q65 qe

Dengan nisbah aspek standard 16:9, video-video YouTube akan memenuhi skrin, tetapi letterboxing akan kelihatan apabila memainkan filem dengan nisbah aspek yang lebih luas atau lebih petak. Letterboxing itu juga kelihatan jelas kerana TV ini menggunakan panel Quantum IPS, yang bermakna, warna hitam tidak nampak pekat. Tetapi, itu satu kompromi yang normal pada TV dalam julat harga ini.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Warna hitam tidak nampak pekat, tetapi warna keseluruhan masih nampak ‘punchy’.

Walaupun ia menggunakan panel Quantum IPS, warna masih lagi kelihatan ‘punchy’. Namun, warna asal membuatkan tona kulit kelihatan lebih oren dan kekuningan. Jadi, terdapat banyak tetapan yang saya perlu ubah dan tutup untuk mendapatkan hasil warna dan imej yang lebih natural.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Picture Mode diubah kepada ‘Dynamic’.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Noise Reduction dimatikan.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
MEMC dimatikan.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
AI-PQ juga dimatikan.

Setelah tetapan diubah, saya berjaya mendapatkan hasil imej yang kelihatan jauh lebih natural dengan tona kulit yang kurang oren, dan tiada oversharpening.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Beralih kepada kecerahan, ia mampu mencapai sehingga 320 nits, yang dikira biasa bagi sebuah TV. Cuma, disebabkan permukaan skrin jenis glossy, cahaya sekitar mudah terpantul, jadi ia sedikit menjengkelkan. Jadi, TV ini lebih sesuai diletakkan dalam bilik atau persekitaran yang kurang gangguan cahaya.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Kelihatan pantulan dari belakang.

Walaupun begitu, pengalaman saya menonton filem dan video YouTube pada TV ini masih lagi memuaskan, lebih-lebih lagi kerana betapa tajamnya imej pada skrin ini. Tambahan pula, segala filem terasa immersive kerana saiz TV yang besar, seolah-olah saya mempunyai panggung mini.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
TV ini sebenarnya lebih besar berbanding apa yang anda lihat dalam gambar ini.

Bagi anda yang tertanya-tanya, ya, TV ini juga menyokong HDR10 dan Dolby Vision, tetapi ia bergantung kepada media dan aplikasi penstriman yang anda gunakan.

Speaker

TV ini dilengkapi speaker stereo downfiring dengan output sehingga 60W, dan menyokong teknologi Dolby Atmos, Dolby Audio, dan DTS TruSurround.

Pada tetapan asal (Dolby Atmos dihidupkan), ia sangat lantang. Bagi saya, volume sekitar 17-18% sudah cukup kuat dan mampu memenuhi satu bilik.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Speaker stereo jenis ‘downfiring’.
PXL_20261116_084845061.RAW-01.COVER~2 (1)
‘Volume’ ini cukup kuat bagi saya.

Bunyi yang lantang itu satu hal, tetapi malangnya, kekuatan bunyi tersebut tidak bermaksud kualiti bunyi yang baik. Ini kerana kualiti bunyi speaker out of the box terasa kurang memuaskan pada telinga saya kerana vokal, bunyi instrumen, dan bunyi latar ditenggelamkan oleh bass. Bukan itu sahaja, bass juga kurang memuaskan kerana tidak cukup ‘impak’ atau ‘oomph’ bagi saya.

Nasib baik ada cara untuk menukar profil bunyi asal kerana wujudnya preset bunyi. Saya menetapkannya kepada ‘Music’ untuk mendapatkan bunyi vokal dan instrumen yang lebih jelas.

Kemudian, saya mematikan Dolby Atmos kerana ia menenggelamkan vokal. Saya juga menghidupkan ‘Surround’ dalam ‘Surround Mode’ untuk mendapatkan soundstage yang lebih luas.

Sambil itu, saya mengaktifkan ‘Dialogue Enhancer’ untuk memperjelaskan suara protagonis dalam sesebuah filem.

Secara keseluruhan, speaker kedengaran lebih jelas dan lebih luas dengan tetapan seperti ini. Konfigurasi seperti ini berjaya memperdaya pendengaran saya sehingga saya menyangka ia mempunyai lebih daripada dua speaker.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Dolby Atmos dimatikan.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
‘Surround’ diaktifkan.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
‘Dialogue Enhancer’ diaktifkan.

Satu perkara yang saya perasan adalah ‘Surround Mode’ hanya boleh diaktifkan apabila saya mematikan Dolby Atmos. Jadi, andaian saya adalah ‘Surround Mode’ itu sebenarnya DTS TruSurround.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Apabila Dolby Atmos diaktifkan, ‘Surround Mode’ tidak dapat diakses.

Bagi saya, saya tergolong dalam kelompok yang lebih gemar Dolby Atmos dimatikan kerana bunyi speaker menjadi lebih jelas dan kurang sedikit bass. Walau bagaimanapun, saya yakin kebanyakan daripada anda mungkin lebih menyukai Dolby Atmos kerana profil bunyinya yang lebih bassy.

Pada akhirnya, perkara ini banyak bergantung pada filem yang anda tonton atau muzik yang anda dengar. Ini kerana mastering dan mixing sesebuah media itu juga menyumbang kepada kualiti bunyi filem atau muzik yang lebih baik, dan bukan sekadar pada kualiti speaker semata.

Google TV

Seperti yang anda telah lihat setakat ini, TV ini bukanlah TV biasa, tetapi ia sebuah Google TV. Ini bermaksud ia menjalankan sistem operasi Android TV. Dalam TV ini, terkandung Android TV 14, iaitu versi Android TV terbaru pada masa kini.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Apabila saya cuba menyemak spesifikasi sebenar TV ini menggunakan aplikasi AIDA64, benar bahawa ia menjalankan Android TV 14. Aplikasi ini juga menunjukkan RAM 2GB dan storan dalaman 10GB yang terkandung dalam TV ini.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Versi Android TV.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
RAM dan storan dalaman yang ada.

Sebab itulah ia terasa lancar apabila menavigasi melalui UI laman utama dan dalam mana-mana aplikasi seperti YouTube. Storan juga mencukupi untuk memuat turun aplikasi-aplikasi yang diperlukan.

Memandangkan TV ini menjalankan Android TV 14, aplikasi penstriman seperti Disney+, Netflix, Prime Video, Spotify, iQIYI, HBO Max, dan Viu disokong TV ini. Jadi, tiada batasan untuk memuat turun aplikasi penstriman yang anda perlukan.

Kawalan

Setiap TV pastinya disertakan dengan alat kawalan jauh dalam kotak, sama seperti TV ini. Alat kawalan jauh untuk TV ini tidaklah istimewa.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Ia terasa murah kerana ia diperbuat daripada plastik yang ringan, tetapi ia boleh diharap kerana ia mempunyai susunan butang yang tidak memeningkan. Butang-butang ini juga cukup besar untuk ditekan.

Ada juga satu butang ‘bintang’ yang boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi kegemaran anda.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Butang ‘bintang’.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Butang ini boleh ditetapkan untuk melancarkan aplikasi lain.

Cuma, satu kekurangannya adalah butang-butang ini tidak mempunyai sebarang lampu backlit, jadi agak sukar untuk digunakan dalam gelap. Oleh sebab itu, saya perlu suluhkan sedikit lampu untuk menggunakan alat kawalan jauh ini dalam gelap.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Alat kawalan jauh tiada ‘backlit’.

Katakanlah alat kawalan jauh ini hilang atau tersorok dalam kusyen sofa, jadi bagaimana saya ingin mengawal TV ini?

Berita baik adalah terdapat butang ‘power’ di bawah TV. Berita buruknya adalah itulah satu-satunya butang yang ada di TV. Jadi, anda perlu menekan beberapa kali untuk melaraskan tetapan TV.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Butang ‘power’ di bawah TV.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Apabila ditekan, muncul kawalan-kawalan lain.

Selain itu, anda tidak boleh menggunakan butang untuk menavigasi melalui menu, jadi ia terhad kepada mengawal tetapan TV sahaja. Tetapi, memandangkan TV ini merupakan sebuah Google TV, anda boleh sahaja menggunakan aplikasi Google Home untuk menavigasi melalui aplikasi dan menu utama.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Ia juga menyokong HDMI CEC yang membolehkan anda menghidupkan peranti lain yang tersambung ke TV seperti PlayStation 5 dengan hanya menggunakan alat kawalan TV.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Input dan Sambungan

TV ini kaya dengan input di belakang seperti LAN, HDMI 2.0, HDMI ARC, antenna, AV In, dan 3.5mm audio jack.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Banyak port.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Port kuasa.

Dengan adanya input HDMI 2.0 yang menyokong sehingga 4K 60fps, TV ini boleh digunakan sebagai sebuah extended display apabila saya menyambungkan laptop saya ke TV ini. Agak pelik untuk menggunakan TV sebagai monitor, tetapi ia cukup praktikal apabila anda memerlukan skrin yang lebih besar untuk menunjukkan kandungan dari laptop anda dengan lebih jelas, atau untuk bermain ‘game’.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Saya menyambungkan ASUS ROG Ally (2023) ke TV.

Dengan adanya juga input USB 3.0, saya dapat menyambungkan hard drive untuk menambah storan. Jadi, mudah untuk saya memuat turun fail dan menyimpannya ke dalam hard drive tanpa memenuhkan storan dalaman.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Apabila hard drive disambungkan…
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
…muncul hard drive dalam aplikasi Settings.

Bukan itu sahaja, saya juga boleh memuatkan filem ke dalam hard drive ini dan memainkan filem tersebut secara luar talian menggunakan aplikasi VLC.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Perlu diingatkan, anda tidak boleh memuat turun filem atau rancangan daripada Netflix untuk ditonton secara luar talian pada Android TV. Ciri ini hanya ada pada peranti mudah alih iOS dan Android.

Beralih ke sambungan wayarles, TV ini dilengkapi dengan Bluetooth 5.1 dan menyokong WiFi 2.4GHz dan 5GHz, jadi saya jarang berdepan dengan masalah sambungan internet dan peranti-peranti wayarles.

Selain itu, TV ini juga menyokong AirPlay kerana terdapat aplikasi ‘AirPlay’ di laman menu utama. Apabila saya menekannya, akan muncul satu UI yang meminta saya menyambungkan peranti Apple saya ke TV tersebut. Sangat mudah untuk disambungkan.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Ikon aplikasi AirPlay.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Apabila diklik, muncul UI aplikasi seperti ini.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
‘Screen mirroring’ berfungsi.
(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
UI muzik yang sedang dimainkan dari iPhone 13.

TV ini juga menyokong Chromecast, bermakna anda juga boleh memancarkan media dari telefon Android ke TV.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Chromecast dipancarkan dari Pixel 11 Pro.

Jadi, TV ini dikira mesra pengguna Android dan iOS.

Kepelikan TV Ini

Pada kotak produk, tertera ‘120Hz’ sebagai salah satu spesifikasinya. Tetapi, spesifikasi dalam laman rasmi PRISM+ menyatakan sebaliknya, iaitu 60Hz sahaja.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Dakwaan kadar segar semula 120Hz pada kotak TV.

Untuk mendapatkan kepastian, saya menyemak lagi spesifikasi TV dengan aplikasi AIDA64, dan ia menunjukkan kadar segar semula sebenar adalah 60Hz.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
Kadar segar semula sebenar yang ditunjukkan oleh aplikasi AIDA64.

Jadi, mana datangnya ‘120Hz’ yang dikatakan itu?

Jawapannya ialah Dual Line Gate (DLG), iaitu satu teknologi yang mensimulasi 120Hz, dan akan meningkatkan kadar segar semula asal dari 60Hz ke 120Hz. Tetapi, ciri ini akan mengorbankan resolusi asal daripada 4K kepada 1080p untuk mencapai 120Hz.

Maksudnya, TV ini menyokong 120Hz, tetapi bukan secara natif.

Sempat saya cuba menyambungkan ASUS ROG Ally (2023) ke TV ini, tetapi saya tidak dapat mengaktifkan 120Hz DLG walaupun resolusi pada peranti tersebut telah diturunkan ke 1080p.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
‘Gaming 120Hz’ masih tidak dapat diaktifkan walaupun resolusi telah ditetapkan pada 1080p.

Satu lagi masalah adalah saya tidak dapat menetapkan resolusi pada TV ketika peranti disambungkan ke HDMI, dan resolusi di TV kekal pada 4K 30fps tanpa ada cara untuk mengubahnya. Jadi, fps seperti ini dikira tidak sesuai untuk gaming.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Berkemungkinan bahawa konsol-konsol tertentu seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X sahaja yang menyokong 120Hz DLG. Jadi, janganlah taruhkan harapan yang tinggi pada TV seperti ini, terutama jika anda bercadang untuk menggunakannya untuk sesi gaming.

Walaupun 120Hz mungkin tidak tersedia pada kebanyakan peranti, sekurang-kurangnya ia dilengkapi dengan Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Variable Refresh Rate (VRR) untuk memberikan latency rendah serta imej yang lebih konsisten dan kurang screen tearing semasa bermain game di TV ini.

Akan tetapi, kepelikan TV ini tidak terhenti di situ kerana terdapat satu lagi ciri yang agak pelik: Motion Estimate and Motion Compensation (MEMC).

MEMC PRISM PLUS Q65

Mudah kata, lebih baik ciri ini dimatikan kerana ia membuatkan pergerakan imej kelihatan sedikit seperti sesebuah media yang dimainkan itu dijana oleh AI. Ini kerana ciri ini bertindak ‘melancarkan’ lagi media yang dipaparkan.

Penggunaan Tenaga

Suruhanjaya Tenaga memberikan penarafan 2 bintang bagi penggunaan tenaga kepada TV ini. Penarafan seperti ini merupakan perkara biasa bagi mana-mana TV di pasaran.

(Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Anda mungkin beranggapan bahawa TV ini akan menggunakan banyak tenaga elektrik, namun perkara ini sangat bergantung pada kekerapan dan tempoh penggunaan anda.

Jika anda menggunakan TV ini selama beberapa jam sehari, ia mungkin tidak akan memberi kesan yang ketara terhadap bil elektrik anda. Sebaliknya, jika anda seorang yang menggunakan TV sebagai sebuah bingkai gambar seperti Samsung The Frame dan menghidupkannya hampir sepanjang hari pada setiap hari, pastinya akan ada peningkatan bil elektrik yang ketara.

Jadi, bagi pengguna yang tidak selalu menggunakan TV, dan sentiasa ingat untuk menutup suis ketika TV tidak digunakan, anda tidak perlu risau.

Adakah TV Ini Untuk Anda?

PRISM+ Q65-QE 2026 merupakan sebuah Google TV 4K yang tidak sempurna out of the box, tetapi ia boleh menjadi lebih baik melalui beberapa pelarasan dan tetapan. Mungkin bagi orang lain, ia sudah mencukupi, dan mungkin saya sahaja yang terlalu cerewet. Namun begitu, saya berpendapat bahawa ia tetap berbaloi pada harganya.

Dengan ciri dan fungsi yang tersedia dalam TV ini, seperti Dolby Atmos, Dolby Vision, DTS TruSurround, Android TV 14, speaker yang kuat, skrin yang tajam, RAM 2GB, storan dalaman yang mencukupi, dan input yang banyak di belakang, ia sangat mudah untuk disyorkan kepada khalayak ramai.

Satu nasihat yang ingin saya berikan kepada anda: Jangan percaya akan dakwaan bahawa TV itu menyokong sesebuah ciri, terutama kadar segar semula 120Hz, pada julat harga seperti ini. Sentiasa bersikap skeptikal dan lakukan kajian anda.

Harga PRISM+ Q65-QE 2026 65" di Malaysia

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung QN85C 75" - Pelengkap Ekosistem Untuk Hiburan Dan Produktiviti
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tune Talk Raih Lesen NFP(I) Dari MCMC, Lebih Bebas Beroperasi Dan Penyediaan Infrastruktur
  • 4 Laman Web AI Percuma Yang Boleh Bantu Pelajar IPT Siapkan Tugasan
  • China Jadi Lubuk Penjual Telefon Terpakai, iPhone Paling Laku
  • Cara 'Refund' Jom Rebut Deals ShopeeFood
  • Skor AnTuTu Xiaomi 18 Pro Max Melebihi 5 Juta
  • GTA VI Lebih Mencabar, Ini Antara Perubahan Utamanya
  • Curbie, Robot Tolak Tong Sampah Secara Automatik
©2026 WISER.MY