Huawei Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya Siri HUAWEI nova 16s, yang menawarkan keupayaan pengimejan bertaraf peranti flagship.
Pelancaran ini menjadi lebih istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-10 Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2026.
Menampilkan HUAWEI nova 16s Pro sebagai tumpuan utama, model ini dilengkapi kamera utama dengan ensor Ultra-Besar RYYB 200MP bersaiz 1/1.28 inci dengan ciri penstabilan OIS dan AIS untuk hasil gambar lebih tajam walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.
Model ini turut menampilkan kamera True-to-Colour hadapan dan belakang, kamera swafoto 50MP dengan zum 0.8x hingga 5x pertama dalam industri, serta kamera telefoto periskop 50MP merentasi keseluruhan siri ini.

Pengalaman fotografi turut diperkasakan dengan ciri suntingan AI terbina seperti AI Best Expression, AI Remove dan AI Composition untuk semua model dalam siri ini.
Dari segi prestasi dan ketahanan, siri ini dikuasakan cipset Kirin 5G 9010S bersama sistem operasi EMUI 16 dan pembantu maya Celia AI.
Ia turut membawakan peningkatan kapasiti bateri besar 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo, membolehkan pengecasan sehingga 40 peratus dalam tempoh 15 minit.
Sempena pelancarannya, HUAWEI menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,956 serta rebat segera sehingga RM600.
Ditawarkan pada harga RM1,999 (selepas baucar), HUAWEI nova 16s tersedia dalam pilihan warna Breathing Crystal, Starry Black, dan Sky White, manakala HUAWEI nova 16s Pro, yang berharga RM2,899 (selepas baucer), tersedia dalam warna Breathing Crystal dan Starry Black.

Harga HUAWEI nova 16s Series di Malaysia
Orang ramai juga dijemput mengunjungi Pameran Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2026 bertemakan “A Heartwarming World” pada 20 November di Bangunan Sultan Abdul Samad dari jam 9 pagi hingga 9 malam.



