Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
V80 StarwishPurple Main KV

vivo V80 Kini Dilancarkan – Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399

Diterbitkan November 19, 2026 · Dikemas kini November 19, 2026 oleh Amalina Athman

vivo Malaysia kini memperkenalkan vivo V80, telefon pintar baharu yang memberikan tumpuan kepada fotografi potret menerusi sistem kamera ZEISS, selain dilengkapi bateri berkapasiti besar dan beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI).

vivo V80 menampilkan reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass, dengan panel belakang dan modul kamera diukir daripada sekeping kaca yang sama. Ia turut menggunakan bingkai logam gred aeroangkasa serta mempunyai penarafan IP68 dan IP69.

V80 Starwish Purple_2

Peranti ini dilengkapi paparan beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz serta tahap kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nit. Skrinnya turut menyokong paparan 1.07 bilion warna serta tahap kecerahan minimum 1 nit.

vivo V80 dikuasakan cip Snapdragon 7 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Beralih ke bahagian kamera, peranti ini dimuatkan lensa utama ZEISS OIS 50MP dengan sensor Sony LYTIA 700V berukuran 1/1.56 inci. Ia juga mempunyai kamera telefoto ZEISS 50MP yangg menggunakan sensor Sony IMX882 berukuran 1/1.95 inci, dengan sokongan zum optik 3x dan zum digital sehingga 100x.

V80 Starwish Purple_1 (1)

Kamera telefoto ini turut menyokong ciri ZEISS 85mm dan 100mm Center-Stage Portrait untuk menghasilkan gambar potret dengan kesan bokeh berbeza. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto ZEISS 50MP dengan lensa sudut lebar dan autofokus, termasuk untuk rakaman swafoto berkumpulan.

Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video 4K pada 60fps. Antara ciri AI yang disediakan termasuk AI Best Face untuk memilih ekspresi wajah daripada bingkai Live Photo, serta AI Erase, AI Magic Move dan AI Image Expander untuk penyuntingan gambar.

vivo V80 menggunakan bateri BlueVolt berkapasiti 7,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge. Ia turut menyokong fungsi Bypass Charging yang membantu mengawal suhu ketika telefon digunakan sambil dicas.

Dari segi perisian, telefon ini menjalankan OriginOS 7 dan dilengkapi sistem keselamatan Security Shield. vivo turut menjanjikan kemas kini keselamatan tahunan selama enam tahun, manakala ciri 72-Month Smooth Experience direka untuk mengekalkan kelancaran sistem dalam tempoh tersebut.

V80 Starwish Purple_3

vivo V80 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Starwish Purple, Wander Green dan Vast Gray. Starwish Purple menggunakan kemasan Laser Holographic Lithography yang menghasilkan corak tiga dimensi pada panel belakang.

Harga dan ketersediaan

V80 Pre Order

vivo V80 kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga bermula RM2,399, berserta tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi vivo Malaysia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • vivo V80 Lite 5G Tiba Di Malaysia - Bateri 10,000mAh, Harga Bermula RM1,499
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
  • Penyelidik AS Dan Toyota Cipta Gam Mudahkan Bateri Dikitar Semula
  • Siri HUAWEI nova 16s Dengan Kamera 200MP Dilancar, Harga Promosi Bermula RM1,999
  • (Ulasan) PRISM+ Q65-QE 2026 — Panggung Mini 65 Inci Tanpa Perlu Berbelanja Besar
  • Tune Talk Raih Lesen NFP(I) Dari MCMC, Lebih Bebas Beroperasi Dan Penyediaan Infrastruktur
  • 4 Laman Web AI Percuma Yang Boleh Bantu Pelajar IPT Siapkan Tugasan
  • China Jadi Lubuk Peniaga Luar Negara Borong Telefon Terpakai
©2026 WISER.MY