U Mobile Mula Tawar Pakej Perpaduan Prabayar Hujung Februari

Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan Pakej Perpaduan RM30 sebulan untuk golongan OKU, veteran tentera dan polis, warga emas, B40 dan belia bawah 30 tahun.

Namun, tiada telco mengeluarkan promosi tentang pakej itu semenjak itu.



U Mobile hari ini memberitahu pada kami bahawa mereka akan mula menawarkan Pakej Perpaduan Prabayar bermula 28 Februari 2023.

Maklumat lanjut berkenaan pakej ini akan dikongsikan kemudian, tambah syarikat itu.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1616464251383853058?s=46&t=fsylGk1HiouyVyB6c4P5Sw

Fahmi Fadzil berkata tawaran tambahan dalam pakej itu adalah mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing.

Dalam kenyataan sama, U Mobile turut menzahirkan sokongan terhadap inisiatif kerajaan iaitu Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1621116587339309056?s=46&t=fsylGk1HiouyVyB6c4P5Sw

Selepas Menteri Komunikasi dan Digital memperkenal Pakej Perpaduan Prabayar RM30/bulan tempoh hari, ramai pengguna menyatakan ketidakpuasan hati memandangkan tawaran diberikan amat terhad.

Bahkan, ada pakej prabayar sedia ada mempunyai tawaran yang lebih baik dari segi kelajuan maksimum dan harga.

{suggest}

U Mobile dulu pernah menawarkan pakej internet tanpa had Giler Unlimited (GX) serendah RM38 namun kini sudah digantikan dengan U25 dan U35 yang tidak menawarkan internet tanpa had.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile