Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ULTRA5G U MOBILE 5G NEXT GEN_BM

Kerjasama U Mobile-SACOFA Percepatkan 5G Generasi Baharu Di Sarawak

Diterbitkan September 12, 2025 ยท Dikemas kini September 12, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile mengumumkan kerjasama dengan SACOFA, penyedia infrastruktur telekomunikasi utama di Sarawak, bagi mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G generasi baharu.

SACOFA akan membekalkan akses talian pajakan gentian ke tapak rangkaian 5G U Mobile, sekali gus membolehkan sambungan backhaul berkapasiti tinggi ke Points of Interconnect (POI) bagi memastikan perkhidmatan 5G yang stabil, pantas dan berlatensi rendah di negeri itu.

Dengan rangkaian gentian SACOFA yang merangkumi lebih 11,000 kilometer di Sarawak, U Mobile berkata pihaknya berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran liputan rangkaian.

CEO U Mobile Wong Heang Tuck berkata kerjasama ini akan memastikan Sarawak menjadi antara negeri terawal melengkapkan pelaksanaan 5G, sekali gus menyokong aspirasi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

U Mobile SACOFA_

Sarawak dijangka melengkapkan pelaksanaan 5G lebih awal sebelum sasaran nasional syarikat untuk mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026.

Berkaitan

  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan
  • U Mobile Guna Infrastruktur MICTH Untuk Percepat Rangkaian 5G Kedua Di Melaka
  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY