Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile x OCK

U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan

Diterbitkan Jun 11, 2025 ยท Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan OCK Telco Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh OCK Group Berhad (OCK) yang merupakan penyedia penyelesaian rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, OCK akan menjadi salah satu rakan infrastruktur pilihan U Mobile bagi pelaksanaan Liputan Dalam Bangunan (IBC) 5G dalam pelan pelancaran Next Gen 5G di seluruh negara.

Kerjasama ini menjadi satu lagi langkah penting dalam pelaksanaan rangkaian 5G generasi baharu U Mobile, khususnya bagi memastikan prestasi 5G lebih lancar di kawasan dalam bangunan bertrafik tinggi.

Ia turut mengukuhkan lagi sasaran syarikat itu untuk mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang Julai 2026.

Dengan kepakaran OCK dalam membangunkan infrastruktur telekomunikasi, U Mobile menyasarkan untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G IBC menerusi penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan unik di setiap lokasi.

Keutamaan diberikan kepada penyediaan sambungan 5G dalam bangunan yang stabil dan berprestasi tinggi, berkelajuan ultra-pantas, kependaman (latency) rendah serta pengalaman pengguna yang lancar.

Sebagai tambahan, U Mobile dan OCK akan turut meneroka inovasi IBC generasi baharu, termasuk integrasi teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT), bandar pintar dan sistem autonomi.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak - U Mobile
  • Sah Keluar DNB, U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5G Sedia Ada Tidak Akan Terjejas
  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY