Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile x MICTH

U Mobile Guna Infrastruktur MICTH Untuk Percepat Rangkaian 5G Kedua Di Melaka

Diterbitkan Julai 17, 2025 ยท Dikemas kini Julai 17, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile dan Melaka ICT Holdings (MICTH) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian Next Gen 5G di Melaka, menyokong sasaran syarikat telekomunikasi itu untuk mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026.

Menerusi kerjasama ini, U Mobile akan mendapat akses kepada menara dan infrastruktur tapak milik MICTH di seluruh negeri itu.

Kedua-dua pihak juga akan menggabungkan kepakaran masing-masing bagi mewujudkan proses pelaksanaan 5G yang lebih cekap, sekali gus membolehkan peluasan liputan dilakukan dengan lebih pantas dan menyeluruh.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen berkata kerjasama ini akan memperkukuh sokongan terhadap agenda transformasi digital Melaka, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna dan perusahaan tempatan.

Sementara itu, CEO MICTH Dr. Nazdiana Ab. Wahab menyatakan komitmen berterusan agensi tersebut dalam memastikan penyediaan sambungan digital yang inklusif dan menyeluruh untuk rakyat negeri itu.

Majlis pertukaran MoU berlangsung semasa Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka.

Berkaitan

  • Sah Keluar DNB, U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5G Sedia Ada Tidak Akan Terjejas
  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY