Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM U Mobile_

U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

Diterbitkan Mei 26, 2025 · Dikemas kini Mei 26, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile kini mengumumkan pelantikan TM sebagai penyedia sambungan backhaul gentian (fibre) pajakan bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G Generasi Baharu di seluruh negara.

Perjanjian kerjasama ini bernilai RM2.4 bilion untuk tempoh 10 tahun. Menerusinya, TM akan menyediakan pelbagai perkhidmatan infrastruktur backhaul yang menyeluruh kepada U Mobile.

Ini termasuk akses talian gentian pajakan ke Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G U Mobile, pajakan pusat data dan TM Edge Facility untuk Titik Hubungan (POI) serta talian pajakan trunk bagi memastikan keterhubungan antara wilayah.

Dengan rangkaian gentian TM yang meliputi lebih 740,000km di seluruh negara dan merupakan liputan backhaul gentian paling meluas di Malaysia, U Mobile berada dalam posisi untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G kedua.

Syarikat itu menyasarkan dapat mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk dalam tempoh 12 bulan, dengan menawarkan sambungan 5G yang pantas, stabil dan berkapasiti tinggi kepada pengguna serta sektor perniagaan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • Sah Keluar DNB, U Mobile Beri Jaminan Perkhidmatan 5G Sedia Ada Tidak Akan Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY