Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

U Mobile Permudah Pengesahan Digital Dengan Pengesahan Nombor Telefon Berasaskan SIM

Diterbitkan Oktober 9, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 9, 2026 oleh Amalina Athman

U Mobile kini mengumumkan ketersediaan perkhidmatan Pengesahan Nombor Telefon berasaskan SIM (PNV) melalui rangkaian ULTRA5G dengan kerjasama Telenor Linx.

Melalui perkhidmatan ini, platform digital dan penyedia perkhidmatan yang menyokongnya boleh mengesahkan pengguna tanpa perlu memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang diterima SMS secara manual. Kaedah ini dapat memudahkan proses pendaftaran akaun, log masuk dan pengesahan identiti, di samping membantu perniagaan memperkukuh pencegahan penipuan digital.

Menurut U Mobile, perkhidmatan PNV ini turut tersedia kepada pembangun yang menggunakan Google Firebase, sekali gus memperluas perkhidmatannya dalam ekosistem pembangun.

Ketua Pegawai Perniagaan U Mobile, How Lih Ren, berkata pengesahan pengguna perlu kekal selamat tanpa menjadikan proses penggunaan perkhidmatan digital terlalu rumit. Melalui kerjasama dengan Telenor Linx, U Mobile membolehkan perkhidmatan yang menyokong ciri ini mengesahkan nombor telefon pengguna secara langsung melalui rangkaiannya, tanpa perlu pengguna menunggu dan memasukkan kod OTP melalui SMS secara manual.

U Mobile menyatakan perkhidmatan ini juga dapat membantu perniagaan menangani risiko penipuan sambil memberikan pengalaman pengesahan yang lebih mudah kepada pelanggan.

Perniagaan dan penyedia perkhidmatan digital yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini boleh melayari laman U Business.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • U Mobile Jalin Kerjasama Dengan OpenAI, Bakal Gunakan AI Dalam Pelbagai Operasi
  • Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia
  • U Mobile Capai 90% Liputan 5G Kawasan Berpenduduk Di Malaysia - Lebih 9 Bulan Awal Daripada Sasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY