Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ULTRA5G U MOBILE 5G NEXT GEN_BM

Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia

Diterbitkan September 29, 2026 · Dikemas kini September 29, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila dua syarikat telekomunikasi tempatan, U Mobile dan Yes diiktiraf dalam 5G Global Awards 2026.

U Mobile cemerlang dalam 2 kategori iaitu Kelajuan Muat Turun 5G,dan Ketersediaan (Time on) 5G, membuktikan rangkaian mereka semakin mantap dan mampu bersaing dengan penyedia antarabangsa.

Sementara Yes pula menonjol dalam kategori Ketersediaan 5G, menunjukkan liputan yang disediakan lebih konsisten untuk pengguna tempatan.

Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia
Berdasarkan data yang dikeluarkan Opensignal, kelajuan muat turun rangkaian 5G U Mobile adalah sepantas 284.9 Mbps, sekali gus meletakkannya di tangga ke-8 terpantas di dunia.
opensignal-time_on_5g-globalwinnersandleaders (1)
U Mobile juga cemerlang dalam kategori Time on 5G bersama rangkaian Yes dengan masing-masing meraih tempat ke-4 dan ke-7 diperingkat global.
Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia
Selain itu, U Mobile turut menyinar dalam kategori Kebolehpercayaan (Reliability) 5G.
Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia

Pengiktirafan ini menandakan Malaysia semakin kukuh dalam arena 5G global, bersaing dengan negara besar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Thailand.

Ia juga mencerminkan usaha berterusan kerajaan serta industri telekomunikasi untuk memperluas liputan dan meningkatkan kualiti rangkaian 5G, sejajar dengan agenda transformasi digital negara.

Lebih penting, pencapaian ini memberi keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi hab teknologi serantau.

Dengan sokongan infrastruktur 5G yang semakin baik, negara berpotensi mempercepatkan pembangunan ekonomi digital, menarik pelaburan asing, dan memperkasa inovasi tempatan.

Pengiktirafan ini sekali gus menjadi simbol kemajuan Malaysia dalam perjalanan menuju masa depan digital bertaraf dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • U Mobile Dinobat Rangkaian 5G Terpantas Di Malaysia Bagi Q1–Q2 2026
  • U Mobile Jalin Kerjasama Dengan OpenAI, Bakal Gunakan AI Dalam Pelbagai Operasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY