Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA – Semak Pelan & Peranti Yang Disokong

U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA – Semak Pelan & Peranti Yang Disokong

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile, menerusi laman web rasminya, mengumumkan bahawa ia telah mula melancarkan 5G Standalone (5G SA) secara berperingkat pada pelan dan telefon 5G terpilih.

Teknologi 5G SA beroperasi secara kendiri tanpa bergantung kepada infrastruktur 4G. Ia berbeza dengan 5G NSA (Non-Standalone) yang masih menggunakan sebahagian rangkaian 4G sebagai ‘tulang belakang’.

Dengan keupayaan ini, pengguna dapat menikmati masa respons lebih pantas serta kadar data yang lebih tinggi, sesuai untuk permainan awan, media imersif, robotik, dan pembahagian rangkaian (network slicing) bagi prestasi yang lebih optimum.

Menurut U Mobile, 5G SA kini tersedia di lokasi terpilih di seluruh negara dan boleh diakses menggunakan peranti yang serasi, selagi pengguna melanggan pelan yang layak. U Mobile juga sedang giat memperluaskan liputan 5G SA ke lebih banyak kawasan di seluruh negara.

Pelan yang layak untuk 5G SA

Pada masa ini, 5G SA hanya ditawarkan untuk pelan pascabayar terpilih. Pengguna boleh menikmati akses 5G SA melalui pelan-pelan berikut:

  • U Postpaid 98​
  • U Biz 98​
  • U Premium​
  • U Platinum

Walaupun begitu, perlu diketahui bahawa akses 5G SA dilancarkan secara berperingkat.

Peranti yang serasi dengan 5G SA

Selain pelan terpilih yang dinyatakan, pengguna juga perlu memiliki peranti yang serasi bagi menyokong rangkaian 5G SA. Berikut adalah antara peranti yang menyokong 5G SA, dengan senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Samsung

  • Galaxy S25
  • Galaxy S25+
  • Galaxy S25 Ultra
  • Galaxy S24
  • Galaxy S24+
  • Galaxy S24 Ultra
  • Galaxy S24 FE
  • Galaxy Z Fold 6
  • Galaxy Z Flip 6
  • A55 5G
  • A35 5G
  • A34 5G
  • A25 5G
  • A15 5G
  • M15
  • Galaxy Tab S10 FE
  • XCover 7

OPPO

  • Find X8
  • Find X8 Pro
  • Reno 13 Pro
  • Reno 13
  • Reno 13F ‘

vivo

  • X100
  • X100 Pro
  • X80
  • X80 Pro
  • Y100 5G
  • Y78
  • Y36 5G
  • Y27 5G
  • V30
  • V30 Pro
  • V40
  • V40 Pro
  • V40 Lite
  • V50
  • V50 Lite
  • Y28s
  • V29

realme

  • 14X 5G
  • GT7 Pro

HONOR

  • Honor Magic 7 Pro

Xiaomi

  • Xiaomi 14T
  • Xiaomi 14T Pro

ZTE

  • Redmagic 8 Pro
  • Redmagic 8S Pro
  • Redmagic 9 Pro
  • Redmagic 9S Pro
  • Z60 Ultra
  • nubia Flip 5G
  • nubia Neo 2 5G
  • nubia Focus 5G
  • nubia Focus Pro 5G
  • ZTE Blade A75 5G

iQOO

  • Z9X
  • Z7
  • Z9

Sokongan 5G SA untuk peranti Apple

U Mobile berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Apple untuk mengaktifkan perkhidmatan ini pada peranti 5G sedia ada melalui kemas kini perisian.

Macam mana nak tahu jika 5G SA aktif pada peranti?

Pengguna sepatutnya akan melihat nama rangkaian “U Mobile 5G SA” pada peranti 5G yang serasi apabila berada dalam kawasan liputan 5G SA.

Bagi peranti yang tidak menyokong 5G SA atau berada di luar kawasan liputannya, pengguna akan terus menikmati sambungan 5G atau 4G tanpa sebarang gangguan.

Untuk butiran lebih lanjut, layari laman web U Mobile.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan
  • Rangkaian 5G U Mobile Capai Kelajuan 120Mbps Di Atas Jambatan Pulau Pinang 

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY