Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_

CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

U Mobile telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Berhad untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G mereka di seluruh negara.

Kerjasama ini melanjutkan hubungan pembiayaan sebelumnya, termasuk fasiliti RM1.2 bilion pada 2021 yang meningkat kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Perjanjian ini susulan pelantikan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara yang telah diumumkan oleh Kerajaan 2024 lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck menyatakan bahawa kerjasama ini akan mempercepatkan pelancaran rangkaian 5G yang kos efektif, menyokong inovasi, dan memenuhi matlamat kerajaan untuk status negara berpendapatan tinggi melalui digitalisasi.

CIMB MOU
MoU itu ditandatangani oleh Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, dan Chu Kok Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Borong Kumpulan, CIMB Group, di Pejabat Korporat U Mobile di Berjaya Times Square. Majlis ini disaksikan oleh Sandy Tsang, Ketua Pegawai Kewangan U Mobile, dan Denise Wong, Ketua Liputan Korporat Malaysia, Perbankan Borong Kumpulan, Kumpulan CIMB.

Chu Kok Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Borong Kumpulan, Kumpulan CIMB menegaskan komitmen CIMB untuk menyokong usaha U Mobile dalam menghubungkan rakyat Malaysia dan memacu inovasi digital dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh.

MCMC sebelum ini telah menjelaskan bahawa penyediaan rangkaian 5G kedua tidak melibatkan peruntukan dana awam. Sebaliknya ia akan dibiayai oleh syarikat swasta sepenuhnya.

Berkaitan

  • MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
  • PM Kesal Kelewatan Pelaksanaan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY