Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua – Fahmi

U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua – Fahmi

Diterbitkan November 8, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh Amalina Athman

U Mobile Sdn Bhd akan dikenakan syarat-syarat tertentu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan agak pramatang untuk memaklumkan mengenai syarat yang akan dikenakan terhadap syarikat itu. Syarat berkenaan akan ditetapkan selepas MCMC mengambil kira pengalaman pengendali rangkaian pertama 5G iaitu Digital Nasional Bhd (DNB).

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sebelum syarat-syarat itu ditetapkan, MCMC akan memanggil pihak U Mobile untuk mendapatkan penjelasan mengenai apakah perbincangan terkini antara syarikat itu dengan mana-mana syarikat yang mahu bekerjasama dengan mereka.

Dari situ beberapa pertimbangan akan diberikan kerana kita perlu sedar mekanisma yang akan dikenakan bagi rangkaian kedua ini adalah melalui pegangan spektrum (spectrum holding). la sama ada melalui apa disebut sebagai apparatus assignment ataupun spectrum assignment.

Beliau berkata syarat-syarat yang dikenakan itu kelak adalah bagi memastikan tidak berlaku satu keadaan yang tidak seimbang dalam ekosistem.

Ditanya adakah kerajaan akan menilai semula pemilihan U Mobile selaku penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia susulan kritikan yang dilontarkan beberapa pihak, Fahmi berkata perkara itu tidak berlaku.

Saya perlu peringatkan, ini bukan kontrak, ini bukan lesen. Instrumennya nanti adalah spektrum 3.6GHz yang dikenali juga sebagai F2, yang boleh diberikan untuk dibangunkan rangkaian 5G kedua.

Dalam pada itu, Fahmi sekali lagi menegaskan bahawa pemilihan U Mobile adalah layak selepas MCMC mempertimbangkan dari pelbagai aspek termasuk rancangan perniagaan dan teknikal untuk membangunkan rangkaian dan juga prestasinya.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC
  • MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
  • Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi Tidak Terlibat Pemilihan Penyedia Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY