Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G kedua U Mobile

MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti pelan perniagaan dan teknikal rangkaian, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.

Ini termasuk sumbangan memberangsangkan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G, yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.

Suruhanjaya itu menegaskan satu proses pemilihan yang ketat telah dijalankan dengan kriteria penilaian yang menekankan keupayaan penyedia untuk menawarkan perkhidmatan 5G yang pelbagai serta membolehkan rakyat Malaysia menikmati kesalinghubungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.

Melalui pemilihan ini, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan yang telah ditetapkan. Jika terdapat ketidakpatuhan, penalti akan dikenakan.

Mengulas lanjut, MCMC berkata tidak akan berlaku monopoli dengan rangkaian 5G kedua, kerana ia dilihat akan meningkatkan daya saing dalam penyediaan rangkaian 5G negara dan seterusnya memberi pilihan kepada pengguna.

Penyediaan rangkaian 5G kedua juga tidak melibatkan peruntukan dana awam dan adalah swasta sepenuhnya. U Mobile akan diperuntukkan dengan jalur-jalur spektrum 5G bagi membangunkan rangkaian 5G kedua dan dikenakan fi berkaitan.

Dalam waktu yang sama, Digital Nasional Berhad (DNB) akan kekal dan terus beroperasi seperti biasa sebagai sebahagian daripada dwi-rangkaian 5G.

MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC
  • Seakan Tidak Jangka U Mobile Dipilih Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua, Ini Respon CelcomDigi
  • TM Terima Keputusan Kerajaan Berhubung Rangkaian 5G Kedua
  • Maxis Akan Berhubung Dengan MCMC Untuk Dapatkan Penjelasan Keputusan Rangkaian 5G Kedua

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY