Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Parlimen 0711 pagi

Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi Tidak Terlibat Pemilihan Penyedia Rangkaian 5G Kedua – Fahmi

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri dan Timbalan Menteri Komunikasi tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua. Sebaliknya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai suatu badan yang bebas telah membuat penilaian yang sewajarnya melalui proses tender yang dilaksanakan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan MCMC membuat pemilihan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata keperluan am pegangan ekuiti asing bagi lesen individu Pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP) dan lesen individu Pemberi Pekhidmatan Rangkaian (NSP) adalah maksimum 49%, manakala pegangan Bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30%.

Ketika ini, pegangan ekuiti asing U Mobile adalah masih dalam lingkungan pematuhan syarat khas lesen, iaitu  48.28% oleh syarikat asing dari Singapura iaitu Straits Mobile Investment Pte Ltd. U Mobile sebelum ini juga memaklumkan pegangan saham majoriti asing akan dikurangkan kepada 20%.

Mereka (MCMC) telah meneliti dan memastikan isu pegangan saham iaitu tidak lebih daripada 49% pegangan asing telah dipenuhi.

Berikutan itu, beliau berkata keputusan pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia tidak bertentangan dengan syarat khas lesen tersebut.

Dalam pada itu, MCMC juga akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G kedua Malaysia bagi memastikan pematuhan sepenuhnya.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC
  • U Mobile Akan Kurangkan Pegangan Saham Majoriti Asing Kepada 20%
  • MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua

Sumber: Parlimen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY