Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Posted on November 8, 2024Disember 23, 2024

Tarikh yang dinantikan-nantikan akhirnya bakal tiba dan pastinya para pembeli tegar atas talian di Shopee sudah tidak sabar lagi kerana Shopee 11.11 Jualan Hebat telah tiba untuk anda nikmati pelbagai tawaran menarik.

Pastinya Zon Elektronik Shopee adalah yang paling menjadi perhatian para pembeli kerana mereka tertunggu-tunggu tawaran-tawaran harga runtuh untuk pelbagai jenis peralatan elektronik.

Dari pelbagai jenis barangan elektronik seperti vakum, telefon pintar, komputer riba gaming, dan permainan konsol  akan menjadi buruan para pembeli nanti.

Tapi barangan apakah yang patut anda dapatkan menjadikan pembelian anda lebih berbaloi dan lebih bernilai?

Pelbagai tawaran menarik terdapat di Zon Elektronik Shopee. Untuk mengelak anda menjadi keliru kerana terlalu banyak promosi, di sini kami nak senaraikan antara 9 barangan yang boleh anda dapatkan pada jam 8 malam 10 November nanti. .

vivo V40 5G

Telefon pintar terbaru vivo V40 5G yang baru sahaja tiba di pasaran tempatan mesti menjadi pilihan anda kerana sempena 11.11 Tawaran Eksklusif dengan Zon Elektronik Shopee nanti, ia akan ditawar pada harga serendah RM1,774 sahaja.

Tawaran ini eksklusif pembelian secara dalam talian di Shopee sahaja.

vivo V40 5G dilengkapi 16*GB+256GB dengan tetapan kamera ZEISS Multifocal Portrait dan teknologi AI. Ia juga dimuatkan dengan bateri besar 5500mAh dan pengecas pantas 80W.
vivo V40 tersedia dengan Funtouch OS 15 yang dinaik taraf sekali gus membawakan pengalaman yang lebih lancar.

Beli vivo V40 5G di Shopee

Samsung Galaxy Z Flip6 5G 

Mencari kelainan untuk telefon pintar? Samsung Galaxy Z Flip6 5G adalah antara pilihan terbaik dan yang paling sesuai untuk anda.

Telefon pintar lipat terbaru ini memberikan anda pengalaman baharu dan gaya yang lebih moden. Sekali gus jauh membezakan anda dengan pengguna peranti pintar yang lain.

Dan ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda milikinya kerana Shopee menawarkan pada harga RM3,197, diskaun hampir RM2,000 untuk ia menjadi milik anda.

Beli Samsung Galaxy Z Flip6 5G di Shopee

MSI Gaming Laptop

Kepada anda yang ingin upgrade komputer riba biasa kepada komputer riba permainan idaman, inilah masanya kerana Shopee menawarkan diskaun tiada tandingan untuk model MSI Thin A15 B7UC-275M.

Harga komputer riba permainan berkuasa ini boleh dimiliki pada harga RM2,749 sahaja dan sangat berbaloi.

MSI Thin A15 B7UC-275M komputer riba dengan skrin 15.6 inci yang dikuasakan AMD Ryzen™ 5 serta kuasa grafik dari NVIDIA® GeForce RTX™ 3050.

Beli Komputer riba permainan MSI di Shopee

Monitor Permainan PRISM+

Bagi anda yang tercari-cari monitor berprestasi pula, Shopee ada menawarkan monitor permainan PRISM+ W220v 22.

Dengan skrin bersaiz 22 inci dan kadar segar 100Hz, ia akan memberikan anda pengalaman bermain permainan komputer mahupun produktiviti harian dengan visual terbaik.

Menjadikannya lebih nilai, monitor permainan PRISM+ W220v 22 yang biasanya berharga RM599 ini akan boleh dibeli anda pada harga RM309 sahaja.

Beli Monitor Permainan PRISM+ di Shopee 

Kamera Aksi DJI 

Walaupun banyak pilihan kamera aksi di pasaran, tapi sempena  11.11 Tawaran Eksklusif dengan Zon Elektronik Shopee, kamera aksi DJI Osmo Action 4 antara barangan yang patut anda dapatkan dan jangan lepaskan peluang ini.

Shopee menawarkan diskaun sebanyak RM312. Kini anda boleh miliki DJI Osmo Action 4 dengan harga serendah RM1,037 sahaja.

DJI Osmo Action 4, kamera aksi premium yang dilengkapi dengan skrin sentuh depan dan belakang.

Beli DJI Osmo Action 4 di Shopee

Diskaun sehingga RM1,614 Untuk Konsol PS5

Sudah semestinya ini akan menjadi rebutan semua orang, tidak kiralah anda pemain tegar konsol permainan ataupun tidak.

Beli bermula 8 malam 10 November dan anda boleh memilikinya hanya pada harga RM2,102 sahaja. 

Tawaran menarik ini adalah untuk model SONY PlayStation 5 Slim 1TB Disc Version / Digital Version dengan jaminan selama 15 bulan oleh SONY Malaysia.

Beli SONY PS5 PlayStation 5 Slim di Shopee 

Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 4

Tidak hanya terhad kepada komputer riba atau telefon pintar, anda juga boleh dapatkan jam pintar berkuasa iaitu HUAWEI WATCH GT 4, jam pintar ini ditawarkan pada harga RM699 sahaja.

Merupakan jam pintar perdana dalam siri WATCH GT, HUAWEI WATCH GT 4 menawarkan pelbagai ciri moden dengan reka bentuk yang dipertingkatkan serta pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan.

Malah dengan keupayaan baterinya yang mampu bertahan sehingga 2 minggu dengan sekali cas penuh, ia merupakan antara jam pintar dengan hayat bateri terbaik di pasaran ketika ini.

HUAWEI WATCH GT 4 tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm.

Beli HUAWEI WATCH GT 4 di Shopee 

Vakum Pembersih Premium Tineco iFloor 5

Dapatkan vakum pembersih pintar premium Tineco iFloor 5 tanpa sambungan wayar pada harga RM1,549 sahaja.

Penjimatan berganda-ganda sebanyak RM2,450 yang menjadikannya pembelian yang sangat berbaloi.

Tineco iFloor 5 bukan sahaja menyedut habuk dan sampah tapi juga mengemop lantai dan dilengkapi dengan ciri pintar seperti pembersihan kendiri dan auto pandu.

Beli Tineco iFloor 5 di Shopee

Vakum Pembersih PerySmith

Akhir sekali barang yang patut anda letakkan siap-siap ke dalam cart Shopee anda adalah vakum PerySmith Smart Cordless Wet & Dry.

Vakum ini yang biasanya berharga RM1,599 tetapi kini Shopee menawarkan diskaun sebanyak RM960, sekali gus membolehkan anda memilikinya pada harga RM639 sahaja.

Vakum premium PerySmith Smart Cordless Wet & Dry ini adalah vakum robot dalam siri Ai9 dengan keupayaan menyedut habuk dan sampah serta mengemop lantai.

Lebih berbaloi miliki PerySmith Smart Cordless Wet & Dry ini pada 11.11 Shopee.

Beli PerySmith Smart Cordless Wet & Dry di Shopee

Itulah antara 9 barangan elektronik yang kami nak cadangkan dan patut menjadi tumpuan anda sempena 11.11 Tawaran Eksklusif dengan Zon Elektronik Shopee.

Bukan itu sahaja dapatkan harga ekslusif diskaun sehingga 70% pada 11 November nanti, dan  juga anda boleh dapatkan baucar pulangan wang sehingga 60%!

Malah lebih penting lagi, lebih yakin dengan membeli belah di Shopee yang diyakini asli ke atas barisan produk yang ditawarkan mereka.

Jadi, jom masukkan siap-siap barisan barangan di atas ke dalam bakul Shopee anda dan lengkapkan pembelian pada 8PM 10 November, 2024 nanti.

*artikel ini dibawakan oleh Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress