Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Clicks_1

Transaksi Terpilih Di Web CIMB Clicks Kini Perlu Kelulusan SecureTAC Biometrik

Diterbitkan Januari 19, 2026 · Dikemas kini Januari 19, 2026 oleh Amalina Athman

CIMB Bank kini memaklumkan transaksi terpilih yang dilakukan melalui laman web CIMB Clicks dan laman web pedagang akan memerlukan kelulusan SecureTAC Biometrik, berkuat kuasa 19 Januari 2026.

Melalui perubahan ini, setiap transaksi terpilih perlu diluluskan menggunakan SecureTAC di aplikasi CIMB OCTO dengan pengesahan tambahan bagi mengesahkan identiti pengguna.

Kaedah pengesahan tambahan termasuk pengesahan biometrik (Face ID atau cap jari), kod laluan peranti atau kata laluan aplikasi CIMB OCTO.

CIMB Clicks SecureTAC Biometrik_2

Menurut CIMB, langkah ini sejajar dengan arahan Bank Negara malaysia (BNM) untuk memperkukuh keselamatan perbankan dalam talian. Pengesahan biometrik merupakan salah satu langkah terkini bagi membantu menangani penipuan kewangan dan berfungsi sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan transaksi tanpa kebenaran.

Selain pengesahan biometrik, CIMB sebelum ini telah memperkenalkan beberapa ciri keselamatan lain dalam aplikasi CIMB OCTO. Antaranya termasuk SecureTAC sedia ada, Lock Clicks ID, penggunaan peranti berdaftar tunggal serta eKYC bagi log masuk pertama kali ke aplikasi.

Terdahulu, Maybank turut melaksanakan pengesahan biometrik untuk kelulusan Secure2u di aplikasi MAE dengan tujuan yang sama bagi meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian.

Berkaitan

  • Cara 'Remove' Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
  • CIMB Kini Wajibkan Pengesahan eKYC Untuk Log Masuk Kali Pertama Di Aplikasi OCTO
  • Kelulusan Secure2u Di MAE Kini Perlukan Pengesahan Biometrik
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY