Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Kini Wajibkan Pengesahan eKYC Untuk Log Masuk Kali Pertama Di Aplikasi OCTO

CIMB Kini Wajibkan Pengesahan eKYC Untuk Log Masuk Kali Pertama Di Aplikasi OCTO

Diterbitkan Oktober 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Mulai 6 Oktober 2025, semua pengguna aplikasi CIMB OCTO, termasuk pelanggan baharu dan sedia ada, perlu menjalani proses eKYC (electronic Know Your Customer) semasa melakukan First Time Login (FTL) di peranti baharu atau selepas reset.

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan perbankan digital dan mengurangkan risiko penipuan kewangan, seiring usaha pihak berkuasa membanteras scam dalam talian.

Proses eKYC melibatkan imbasan MyKad dan pengesahan wajah untuk mengesahkan identiti pengguna. Selepas proses selesai, akaun akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam sebelum boleh diakses. Pengguna akan menerima SMS pemberitahuan apabila tempoh tersebut tamat.

CIMB menegaskan bahawa proses ini mudah, selamat dan sepenuhnya dalam talian, namun buat masa ini hanya MyKad diterima sebagai dokumen sah. Pemegang pasport atau MyPR perlu hadir ke cawangan untuk pengesahan manual.

Langkah ini diperkenalkan susulan peningkatan kes penipuan siber yang menyasarkan aplikasi perbankan mudah alih. Dengan eKYC dan tempoh 12 jam tersebut, sebarang cubaan log masuk tidak sah boleh dikesan dan dihalang lebih awal.

Walaupun menambah sedikit masa untuk log masuk pertama, langkah ini dianggap perlu bagi melindungi akaun dan data pelanggan daripada penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berkaitan

  • CIMB: Tiada Lagi SMS Maklumkan Penerima Mulai 1 September
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Cara 'Remove' Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY