Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB aplikasi Octo

Cara ‘Remove’ Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon

Diterbitkan September 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Mulai 24 September 2025, CIMB mewajibkan pengguna untuk buang atau delink peranti lama terlebih dahulu sebelum memasang aplikasi CIMB OCTO di telefon baharu. Tanpa langkah ini, proses log masuk tidak akan berjaya.

Perubahan ini dilakukan demi meningkatkan keselamatan perbankan digital. Dengan memastikan hanya peranti yang sah digunakan, CIMB dapat melindungi akaun pelanggan daripada risiko dicapai melalui telefon yang hilang, dicuri atau tidak lagi dimiliki. Langkah ini juga memberi kawalan lebih baik kepada pengguna dalam menguruskan akaun mereka.

Bagi anda yang ingin menukar telefon, terdapat dua cara mudah untuk mengeluarkan peranti lama:

Cara ‘Remove’ Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
Cara ‘Remove’ Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
  • Melalui aplikasi CIMB OCTO: buka aplikasi, pergi ke menu More>Services>Manage Device, kemudian pilih peranti yang ingin dikeluarkan.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CIMB: sesuai jika telefon lama anda rosak, hilang atau tidak lagi boleh diakses.

Selepas peranti lama berjaya dikeluarkan, barulah anda boleh memasang aplikasi CIMB OCTO di telefon baharu. Semasa proses pemasangan, sistem akan meminta anda menamakan peranti tersebut. Ini penting supaya anda dapat mengenali setiap peranti yang digunakan pada masa akan datang dan memudahkan pengurusan sekiranya perlu mengeluarkan peranti lagi.

Sebagai tambahan, ada beberapa tip ringkas yang boleh membantu anda. Pastikan peranti lama dikeluarkan lebih awal sebelum mula setup telefon baharu, gunakan nama peranti yang mudah dikenali seperti “iPhone Ali” atau “HONOR kerja”, segera delink peranti jika telefon hilang atau dicuri, dan biasakan diri untuk menyemak senarai peranti aktif secara berkala dalam aplikasi CIMB OCTO.

Walaupun nampak seperti langkah tambahan, perubahan ini sebenarnya memberikan lapisan keselamatan yang lebih kukuh untuk melindungi akaun anda. Jadi, sebelum menukar telefon, jangan lupa remove peranti lama terlebih dahulu agar urusan pemasangan aplikasi CIMB OCTO di telefon baharu berjalan lancar dan selamat.

Berkaitan

  • PB engage MY Ditamatkan Mulai 15 Ogos, Ini Cara Beralih Ke Aplikasi MyPB
  • Tak Ramai Tahu TNG eWallet Boleh Bayar Parkir Guna Nombor Plat – Ini Cara Aktifkan
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY