Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank_featured wiser

Kelulusan Secure2u Di MAE Kini Perlukan Pengesahan Biometrik

Diterbitkan Oktober 29, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank mengumumkan penambahbaikan keselamatan baharu pada Secure2u yang akan diperkenalkan secara berperingkat bermula 29 Oktober 2025.

Melalui perubahan ini, setiap kelulusan Secure2u di aplikasi MAE akan disahkan menggunakan ciri biometrik pada peranti pengguna termasuk Face ID, pengecaman wajah atau cap jari.

Langkah ini bertujuan meningkatkan perlindungan perbankan dalam talian dan mengelakkan transaksi yang diluluskan tanpa kebenaran. Ia turut melengkapi beberapa ciri keselamatan sedia ada seperti akses satu peranti, Malware Shielding dan Money Lock.

Apa yang berubah untuk pengguna?

Dengan pengesahan biometrik diaktifkan, setiap transaksi akan memerlukan langkah tambahan untuk memastikan hanya pemilik akaun yang dapat melaksanakannya.

Buat masa ini, ia akan digunakan untuk transaksi seperti pemindahan pihak ketiga, Interbank Fund Transfer (IBFT), Interbank Giro (IBG) dan DuitNow. Sokongan untuk perkhidmatan lain akan dilaksanakan pada peringkat seterusnya.

Kelulusan Secure2u Di MAE Kini Perlukan Pengesahan Biometrik
Cara pengesahan biometrik berfungsi dengan Secure2u
Maybank MAE pengesahan biometrik_

Sekiranya pengesahan biometrik tidak diaktifkan atau tidak berjaya, pengguna masih boleh meluluskan transaksi menggunakan PIN aplikasi MAE apabila diminta (PIN 6 digit yang ditetapkan semasa pendaftaran aplikasi MAE).

Maybank turut mengingatkan pengguna untuk segera menggunakan ciri Kill Switch di aplikasi MAE atau laman web Maybank2u sekiranya mengesyaki akaun telah diakses tanpa kebenaran.

Untuk maklumat lanjut, rujuk saluran rasmi Maybank.

Berkaitan

  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android - Berkuat Kuasa 31 Disember

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY