Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota Gazoo Racing hidrogen

Toyota Tampil Dengan Kereta Lumba Hidrogen Cecair Pertama Di Le Mans

Diterbitkan Jun 13, 2025 · Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Toyota Gazoo Racing secara rasmi memperkenalkan GR LH2 Racing Concept, sebuah kereta lumba konsep yang menggunakan bahan api hidrogen dalam bentuk cecair (liquid hydrogen).

Ia pertama kali dipertontonkan kepada umum di Le Mans 24 Jam sempena pameran khas H2 Village, sebagai sebahagian daripada usaha ke arah teknologi sukan permotoran yang lebih mesra alam.

Model ini dibangunkan berasaskan jentera GR010 HYBRID yang kini bertanding dalam Kejohanan Endurance Dunia FIA (WEC). Ia dilengkapi dengan enjin hidrogen dan sistem hibrid, melambangkan masa depan sukan permotoran yang bebas karbon.

Toyota GR LH2_1
Toyota Gazoo Racing LH2

Sebelum ini, Toyota telah bereksperimen dengan enjin hidrogen dalam perlumbaan Super Taikyu di Jepun melalui pasukan Rookie Racing.

Ia bermula dengan gas hidrogen pada 2021, kemudian beralih kepada hidrogen cecair pada 2023. Mereka juga pernah mempamerkan keupayaan enjin hidrogen di pentas rali antarabangsa (WRC) melalui GR Yaris H2.

Toyota GR LH2_2
Toyota Gazoo Racing LH2

Toyota menjadikan sukan permotoran sebagai medan ujian sebenar untuk membangunkan teknologi automotif lebih lestari, sambil memperkukuh kerjasama rentas industri dalam ekosistem hidrogen termasuk pengeluaran, pengangkutan dan penggunaan tenaga hidrogen.

Pelancaran GR LH2 Racing Concept juga bersempena ulang tahun ke-40 penyertaan pertama Toyota di Le Mans, dengan dua jentera GR010 HYBRID versi perlumbaan tampil dalam rekaan livery istimewa yang menggabungkan sejarah dan visi masa depan Toyota dalam dunia sukan permotoran.

Berkaitan

  • Toyota Perkenalkan FT-Me, EV Konsep Tanpa Pedal
  • Bos Toyota Lebih Suka Bau Dan Bunyi Enjin Sebenar Berbanding EV
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Toyota Kata 9 Juta EV Sama Mencemarkan Dengan 27 Juta Hibrid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY