Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota Perkenalkan FT-Me, EV Konsep Tanpa Pedal

Toyota Perkenalkan FT-Me, EV Konsep Tanpa Pedal

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh ariff bukhari

Toyota memperkenalkan mobiliti kompak berkuasa elektrik baharu dikenali sebagai FT-Me. Pembangunan EV ini diinspirasikan daripada mobiliti bandar yang berjaya digunakan semasa Olimpik Tokyo 2021 dan Paris 2024.

Toyota dalam kenyatannya berkata, FT-Me direka khas untuk memenuhi keperluan penduduk bandar moden dengan reka bentuk dua tempat duduk yang kompak tetapi luas.

Kenderaan ini boleh dipandu dengan lesen asas, termasuk oleh remaja berusia serendah 14 tahun di beberapa pasaran, serta boleh disesuaikan untuk pelbagai pengguna seperti golongan muda dan profesional.

Ia juga dilengkapi stereng dengan ciri pandangan 360 darjah serta akses mudah tanpa modifikasi tambahan untuk individu kurang upaya.

Toyota Perkenalkan FT-Me, EV Konsep Tanpa Pedal
Toyota menyatakan, FT-Me dikawal dan dikendalikan secara eksklusif dengan tangan melalui stereng, menjadikan ia tiada pedal pemecut.
Toyota Perkenalkan FT-Me, EV Konsep Tanpa Pedal
FT-Me ialah kenderaan elektrik kompak dua tempat duduk dengan reka bentuk inspirasi dari topi keledar jet.

Mengutamakan kelestarian, FT-Me menggunakan bahan dikitar semula, dan reka bentuknya menyasarkan pengurangan 90% jejak karbon berbanding kenderaan bandar semasa.

Bahan kitar semula dan sistem pacuan cekap tenaga turut diguna, mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga kali ganda berbanding kenderaan konvensional.

Toyota mahu menjadikan FT-Me sebagai lambang falsafah ‘Mobility for All’, menawarkan solusi yang versatil, mampu milik, dan mesra alam bagi memenuhi keperluan mobiliti bandar masa depan.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Sony Honda Mobility Demonstrasikan Ciri Antara Muka EV AFEELA
  • Kos Ganti Bateri EV Diramal Lebih Murah Daripada Ganti Enjin ICE Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY