Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MY  Skip navigation Search    Create   Avatar image GR Supra GT4 EVO2

Bos Toyota Lebih Suka Bau Dan Bunyi Enjin Sebenar Berbanding EV

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh ariff bukhari

Ketika industri automotif bergerak ke arah elektrifikasi, Pengerusi Toyota, Akio Toyoda menegaskan bahawa kereta sport sejati bukan hanya mengenai kelajuan atau reka bentuk, tetapi juga bunyi enjin dan bau petrol.

Walaupun Toyota giat melabur dalam teknologi EV, Toyoda percaya kereta berprestasi dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) masih relevan.

Pendapat beliau itu dinyatakan dengan jelas dalam interview sesi soal jawab bersama Auto News baru-baru ini.

Bos Toyota Lebih Suka Bau Dan Bunyi Enjin Sebenar Berbanding EV
Akio Toyoda turut terlibat secara langsung dalam pembangunan model popular seperti GR Corolla, Supra, dan GR Yaris.
Bos Toyota Lebih Suka Bau Dan Bunyi Enjin Sebenar Berbanding EV

Toyoda, yang juga pelumba tegar, merasakan kereta lumba elektrik kurang mengujakan kerana faktor strategi bateri lebih mendominasi berbanding kemahiran pemandu.

Selain itu, harga kereta sport elektrik yang mahal bertentangan dengan misi Toyota sebagai jenama pasaran massa.

xiaomi su7 ultra
Ini mungkin respon Presiden Toyota untuk tidak mengiktiraf kemunculan kereta sport EV di pasaran seperti Xiaomi SU7 Ultra dan lain-lain.

Walaupun begitu, Toyoda tidak menolak kemungkinan kereta sport elektrik pada masa depan, asalkan harganya mampu milik.

Beliau menekankan pendekatan pelbagai teknologi untuk mengurangkan CO₂, termasuk hibrid dan plug-in hibrid, sambil memastikan kereta sport terus menawarkan keseronokan pemanduan tradisional.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • EV Perodua Turun Harga, Kini Di Bawah RM80,000
  • Perodua X06E – Bukan Sekadar EV, Tapi Projek Masa Depan Negara

Sumber: Carscoops

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY