Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro warna_

Tiada Warna Emas, iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Dua Warna Baru

Diterbitkan Ogos 25, 2023 · Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh Amalina Athman

Model iPhone 15 Pro dijangka akan dilengkapi bingkai titanium berbanding keluli tahan karat. Sebagai proses peralihan itu, Apple dilapor akan menamatkan pilihan warna ‘Gold’ yang telah ditawarkan sejak iPhone XS.

Sebagai ganti, Apple dijangka akan menawarkan iPhone 15 Pro dengan warna ‘Gray Titanium’, yang mana lebih ke arah warna semulajadi titanium.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • iPhone 15: Mungkin Ini Rupa Dan Spesifikasi Kabel USB-C Yang Akan Diperkenal Apple

Selain itu, Apple juga dipercayai akan memperkenal warna biru gelap bersama pilihan warna Silver, Space Black dan Gray Titanium. Ia akan menjadi warna istimewa untuk tahun ini, menggantikan Deep Purple, dan bukannya warna merah gelap seperti yang dilapor sebelum ini.

iPhone 15 Pro warna
Apple Hub

Menguatkan lagi laporan itu, peniris Majin Bu melalui platform X turut mendedahkan komponen port USB-C dengan warna titanium, biru gelap dan hitam. Namun, ianya sedikit berbeza yang mana beliau menjangkakan hanya tiga pilihan warna untuk model Pro dan lima untuk model standard.

Apple will introduce new colors for the iPhone 15 Pro lineup. I'm talking about dark blue, titanium gray and some sort of black. You can clearly see the color shades from the iPhone 15 Pro connectors pic.twitter.com/dzngVaEz4A

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 24, 2023

Bagi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, ia berkemungkinan hadir dengan pilihan warna hitam, biru, kuning, merah jambu dan hijau.

Untuk mengesahkannya, nantikan acara Apple yang dijangka berlangsung pertengahan September kelak.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljnk4b
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljnk4m

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY