Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google MYR

Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak – Fahmi

Diterbitkan Mac 23, 2024 ยท Dikemas kini Mac 23, 2024 oleh Amalina Athman

Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (MYR) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Google Malaysia Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Kadar Pertukaran Ringgit
  • Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Google bahawa tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi memastikan kesilapan paparan tukaran kadar MYR tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Jelas Fahmi, beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Google untuk memastikan keadaan berkenaan.

Saya dimaklumkan ia (paparan tukaran MYR) akan diadakan semula apabila segala proses berkaitan yang diambil Google itu selesai. Jadi saya tidak mahu mana-mana pihak fitnah, tohmah kononnya tindakan Google itu arahan pihak tertentu.

Terdahulu, Google telah dua kali melakukan kesilapan dalam menerbitkan data kadar pertukaran MYR pada tahun ini, masing-masing pada 6 Februari dan 15 Mac sehingga menimbulkan pertikaian di media sosial.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY