Google Diminta Beri Penjelasan Berhubung Data Kadar Pertukaran Ringgit Tak Tepat

Berikutan data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit berbanding AS$1 mencecah RM4.98 yang diterbitkan semalam, Google diminta untuk memberikan penjelasan kepada kerajaan.

Tambahan pula, ia bukan kali pertama kesilapan seperti itu berlaku.

{suggest}

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu.

Jelasnya, paparan data tidak tepat yang tular di media sosial itu adalah satu petanda tidak baik yang menimbulkan kegusaran dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.



Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kerajaan sedang berusaha memacu pertumbuhan semula ekonomi negara dengan keyakinan yang ditunjukkan kepada pelabur, perkara asas seperti itu tidak seharusnya berlaku.

BNM dalam kenyataannya hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran US$/MYR yang diterbitkan oleh Google.

https://twitter.com/BNM_official/status/1768862787546365993

Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran US$/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

Dalam pada itu, BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran US$/MYR yang tidak tepat tahun ini.

Sumber: BERNAMA