Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Kita sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita rasa ada beberapa jenama yang menjadi pilihan ramai.

Berdasarkan semakan data terkini yang dikongsikan Google baru-baru ini bagi kategori carian telefon pintar, HONOR mengungguli 10 carian telefon pintar pada tahun 2023 di Malaysia.

HONOR terus cemerlang menerusi produk mereka yang berada di kedudukan kedua, keenam dan kesembilan menerusi tiga model popularnya iaitu HONOR X9b, HONOR 90 dan HONOR X9a.



HONOR X9b

Kapsyen: HONOR X9b


HONOR X9b yang mendarat ke pasaran tempatan sekitar penghujung tahun lalu diketengahkan sebagai model peranti tahan lasak semua sudut.

Ia juga menerima pensijilan lima bintang dalam rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland, syarikat pemeriksaan, pengesahan, ujian dan pensijilan terkemuka di dunia.

Malah, peluru paintball yang disasarkan pada HONOR X9b ini juga tidak menjejaskan sedikit pun rupa bentuknya.

HONOR 90

harga honor 90 malaysia

HONOR 90 yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2023 lalu turut menjadi peranti yang dicari-cari pengguna di mana ia berada di tangga ke-6 dalam carian trending di Malaysia.

Selain daripada spesifikasi yang memang diinginkan pengguna, HONOR 90 juga diburu peminat fotografi mudah alih kerana ia tampil dengan lensa utama 200MP. 

HONOR X9a



Satu lagi model telefon pintar HONOR yang menguasai carian trending di Malaysia pada 2023 adalah HONOR X9a.

Dilancarkan untuk pasaran tempatan pada awal Januari 2023, HONOR X9a mengungguli carian trending di Malaysia dengan berada di kedudukan ke-9.

Ini cukup mengagumkan kerana, bayangkan dalam tempoh setahun, model telefon pintar HONOR ini kekal menjadi antara carian terhangat sepanjang tahun 2023 lalu.

HONOR Kekal Terus ‘Hidangkan’ Peranti Terbaik Untuk Peminat



Meneruskan kecemerlangan mereka pada tahun 2024 ini, HONOR hadir dengan telefon pintar boleh lipat terbaru HONOR Magic V2.

Peranti tersebut merupakan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia. Tambahan lagi, ia juga hadir dengan rekaan yang menarik berbanding pesaingnya.

Tidak terhenti di situ, HONOR juga menampilkan peranti andalan terbaru mereka, iaitu HONOR Magic6 Pro yang mana telefon ini sememangnya dinanti-nantikan peminat tempatan.

Oleh yang demikian, dijangka untuk tahun 2024 ini, HONOR akan terus kekal menjadi carian telefon pintar tertinggi di Malaysia.

Jika anda berminat dengan peranti HONOR, anda boleh buat pembelian menerusi pautan di bawah.

Shopee: https://invl.io/clkp240

Lazada: https://invol.co/clkp24d

*Artikel ini dibawakan HONOR Malaysia