Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hukum preorder

Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search

Diterbitkan Mac 22, 2024 · Dikemas kini Mac 22, 2024 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, tular mengenai kadar pertukaran USD-MYR yang memaparkan data tidak tepat sehingga mencecah RM4.98. Lanjutan kekeliruan yang berlaku akibat kesilapan itu, pihak Google Malaysia telah membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun, Google nampaknya telah melakukan perubahan, yang mana ia tidak lagi memaparkan kadar tukaran mata wang ringgit secara terus di Google Search.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Google Diminta Beri Penjelasan Berhubung Data Kadar Pertukaran Ringgit Tak Tepat
  • Google Malaysia Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Kadar Pertukaran Ringgit

Bermakna, sebarang tukaran melibatkan nilai ringgit telah dialih keluar dari halaman utama Google Search bagi carian secara terus, yang dijana oleh Google Finance – seperti “1000MYR to USD”, “1000MYR to baht” dan sebagainya.

currency MYR_1

Sebaliknya, ia hanya mencadangkan beberapa platform tukaran mata wang lain seperti Forbes, XE, Wise dan lain-lain.

Sementara itu, tukaran lain-lain mata wang masih tersedia seperti biasa. Dari situ, pengguna juga masih mempunyai pilihan untuk memilih kadar ringgit secara manual.

currency MYR_2

Tidak diketahui jika Google akan mengembalikan semula paparan tersebut setelah keadaan reda atau sebaliknya mengekalkan sedemikian. Perkara ini telah berlaku sejak beberapa hari lepas dan sehingga kini belum menunjukkan tanda ia akan kembali tersedia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY