Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan

Tablet pada masa kini telah digunakan meluas oleh masyarakat dunia khususnya bagi mereka yang memerlukan peranti yang boleh buat multi-tasking dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Sekiranya anda mencari tablet yang mempunyai fungsi persis komputer, maka HUAWEI MatePad Pro 13.2 adalah solusinya. Harga tablet juga berada dalam lingkungan mampu milik berbanding komputer riba atau komputer meja selain terdapat banyak kelebihan menggunakannya.

Mari kami kongsikan kepada anda semua kelebihan yang terdapat pada HUAWEI MatePad Pro 13.2, teruskan membaca. 

Skrin Cantik, Besar Tapi Ringan


Antara perkara yang menarik pada tablet ini adalah mempunyai skrin yang besar, nipis dan ringan. Beratnya hanya 580g serta senipis 5.5mm. Ia sekali gus dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk membawanya ke mana-mana sahaja.

Selain itu, jenis skrin yang digunakan adalah Flexible OLED dan tablet ini adalah tablet bersaiz besar pertama yang menggunakannya. Nisbah skrin ke badan adalah 94% dan bezel senipis 3.4mm. Ia secara tidak langsung menjadikan anda puas melihat pada paparannya.



Skrin HUAWEI MatePad Pro 13.2 turut hadir dengan teknologi HUAWEI X-True Display yang mampu memberi ketepatan warna, dapat bezakan cahaya dan bayang-bayang, visual yang lembut dan jelas serta mempunyai perlindungan mata yang mendapat pensijilan daripada TÜV Rheinland Global Eye Care 3.0. Pastinya anda akan terpana dengan keasyikan serta keindahan gambar dan video yang dihasilkan oleh skrin MatePad Pro 13.2.

HUAWEI M-Pencil Gen-3 Lebih Canggih




HUAWEI MatePad Pro 13.2 juga turut mempunyai HUAWEI M-Pencil (3rd generation). M-Pencil ini mempunyai Nearlink Technology yang membuatkan M-Pencil ini tiada kependaman (latency). Nearlink Technology menjadikan M-Pencil lebih berkuasa berbanding sambungan bluetooth.

Tahap kepekaan terhadap tekanan telah dipertingkatkan pada M-Pencil 4,096 level kepada 10,000. M-Pencil ini juga masih boleh digunakan pada skrin MatePad Pro 13.2 walaupun dihalangi 20 keping kertas A4 dan tiada latency. Jadi, ia sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar melukis dan suka melukis.

HUAWEI Smart Magnetic Keyboard


Di samping itu, tablet ini turut disertakan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Papan kekunci ini mampu membolehkan tablet digunakan dalam 3 mod iaitu laptop mode, split mode dan studio mode.  

Split mode adalah yang paling menarik antara ketiga-tiga mod tersebut kerana HUAWEI Smart Magnetic Keyboard bergantung sepenuhnya kepada bluetooth tanpa sambungan pin seperti tablet lain yang ada di pasaran.



Saiz touchpad dan kekunci juga besar yang memberikan pengalaman kepada pengguna seolah-olah menggunakan laptop mudah alih. Oleh itu, tablet ini sangat disarankan untuk mereka yang suka membuat multi-tasking.

Bateri Besar, Cas Laju




Kapasiti bateri MatePad Pro adalah 10100mAh yang menyokong pengecasan pantas 88W. Masa yang diambil untuk cas dari 0% hingga 85% adalah 40 minit. 0% hingga 100% pula 65 minit.

Ia merupakan pengecasan yang paling pantas antara semua tablet yang hadir dengan skrin besar. Baterinya cepat cas dan lambat habis. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya seharian. 

Kualiti Audio Yang Mengasyikkan




Jika anda perhatikan pada tablet, hanya terdapat 4 pembesar suara sahaja. Namun, sebenarnya terdapat 6 pembesar suara iaitu 4 custom woofers dan 2 tweeters.

Ia ditala sendiri oleh Huawei dengan Full-Stack HUAWEI Sound Technologies. Jadi, kualiti audio yang dihasilkan sangat mengasyikkan. Sesuai bagi mereka yang suka layan platform penstriman. 

Tambahan lagi, tablet ini merupakan tablet pertama yang menggunakan Multi-Driver Array Speaker berbanding tablet lain yang hanya menggunakan Universal Single-Driver Speaker. 

Prestasi Yang Sesuai Untuk Produktiviti Dan Gaming




HUAWEI MatePad Pro 13.2 menggunakan cip pemprosesan yang sama dengan HUAWEI Mate 60 Pro iaitu Kirin 9000S. 

Cip ini setanding dengan Snapdragon 888. Jadi, untuk bermain game memang tiada masala. Untuk kegunaan harian juga sangat-sangat produktif.

Tablet Berkuasa Dan Kena Dengan Harga




HUAWEI MatePad Pro 13.2 dilengkapi dengan WPS Office Suite yang membolehkan perisian seperti Words dalam tablet ini digunakan.

Selain itu, terdapat juga ciri HUAWEI Super Device. Ciri ini membolehkan tablet disambungkan dengan telefon pintar, komputer riba dan headset untuk melakukan pelbagai tugasan merentasi peranti.

Dengan adanya ciri ini, produktiviti dan kreativiti tugasan anda dapat dipertingkatkan.



Pengguna turut boleh memasang aplikasi Google seperti Gmail, Google Drive, Youtube, Google Classroom dan lain-lain pada HUAWEI App Gallery. 

Oleh itu, sekiranya anda mahukan sebuah tablet berkuasa dengan saiz skrin besar tetapi ringan, Huawei MatePad Pro 13.2 yang anda cari. Dengan harga bermula RM4,599, anda juga dapat sekali aksesori papan kekunci dan M-Pencil.

Jika berminat, anda boleh prapesan Huawei MatePad Pro 13.2 bermula 9 Januari hingga 25 Januari 2024 di Shopee, Lazada atau laman rasmi Huawei serta berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai RM3,145.

*Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia