Time kini melancarkan Pelan Tanpa Kontrak (No Lock-In), membolehkan pengguna menikmati pelan internet fiber tanpa terikat dengan sebarang kontrak.
Terdapat dua pilihan langganan, iaitu pelan 600Mbps dengan harga RM139/bulan atau 1Gbps berharga RM199/bulan.
Kedua-dua pelan ini termasuk pemasangan percuma, penghala (router) Wi-Fi 6 dan pemilihan jadual pemasangan yang fleksibel sama ada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.

Promosi ini bermula 8 Januari 2026 untuk tempoh terhad, menawarkan kebebasan sepenuhnya untuk memulakan atau menghentikan perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa wang pendahuluan atau yuran penalti untuk pembatalan.
Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin mendaftar Pelan Tanpa Kontrak Time Fibre Home, layari laman rasmi Time.
{suggest}
