Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

TikTok Shop Perkenal Bayaran Sokongan Platform – RM0.50 Setiap Pesanan Berjaya, Berkuat Kuasa 15 Februari

Diterbitkan Februari 3, 2026 · Dikemas kini Februari 3, 2026 oleh Amalina Athman

Mulai 15 Februari 2026, TikTok Shop akan memperkenalkan Bayaran Sokongan Platform baharu sebanyak RM0.50 (RM0.54 termasuk 8% SST) bagi setiap pesanan yang berjaya dihantar, tanpa mengira kuantiti item dalam pesanan atau nilai pesanan.

bayaran sokongan platform tiktok shop
Contoh pengiraan

Bayaran ini hanya akan dikembalikan sekiranya pesanan tidak berjaya dihantar. Bagi pesanan yang berjaya dihantar tetapi kemudian dipulangkan atau dibayar balik, Bayaran Sokongan Platform tidak akan dikembalikan kepada penjual.

Menurut TikTok Shop, yuran ini adalah sebahagian daripada strategi pelaburan semula mereka untuk mengekalkan ekosistem e-dagang yang mampan dan selamat.

Bagi menyokong penjual baharu dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), beberapa pengecualian disediakan. Penjual baharu yang melengkapkan penyenaraian produk pertama dalam tempoh 120 hari sebelumnya akan dikecualikan daripada bayaran untuk bulan berikutnya.

Penjual marketplace dengan 100 pesanan selesai atau kurang, atau 101–200 pesanan dengan jumlah GMV tidak melebihi RM3,000 dalam tempoh 30 hari penilaian, turut layak mendapat pengecualian.

Selain itu, pesanan di bawah kategori keperluan asas seperti bahan bakeri, produk segar dan beku, barangan runcit dan keperluan memasak, serta buku teks dan buku aktiviti di bawah Katalog Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak akan dikenakan bayaran ini.

Langkah TikTok Shop ini selari dengan trend platform e-dagang lain, termasuk Shopee, yang sejak Julai tahun lalu telah melaksanakan Yuran Sokongan Platform pada kadar sama.

Berkaitan

  • Penjual Shopee Kurang 100 Pesanan Sebulan Dikecualikan Caj RM0.50
  • TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Mulai 13 September
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ramai Pengguna Di AS Padam TikTok, Aplikasi 'UpScrolled' Kini Jadi Pilihan Alternatif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY