Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yuran Komisen Shopee Naik Lagi Bermula 20 Mac Ini

Penjual Shopee Kurang 100 Pesanan Sebulan Dikecualikan Caj RM0.50

Diterbitkan Julai 17, 2025 · Dikemas kini Julai 17, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti dilaporkan sebelum ini, Shopee akan mula mengenakan Caj Platform RM0.50 bagi setiap pesanan, berkuat kuasa 16 Julai 2025. Namun begitu, tidak semua penjual akan terkesan dengan caj ini.

Semua penjual tempatan di Shopee dengan kurang daripada 100 pesanan sebulan akan dikecualikan daripada Caj Platform RM0.50 untuk setiap pesanan. Kiraan 100 pesanan sebulan akan dikemas kini setiap 1 haribulan. Contohnya:

  • Bagi tempoh 16 – 31 Julai, Shopee akan rujuk bilangan pesanan bersih dari 15 Jun hingga 14 Julai.
  • Untuk bulan Ogos, ia akan berdasarkan pesanan dari 2 Julai hingga 31 Julai.

Penjual yang layak akan menerima notifikasi melalui Seller Centre pada minggu 14 Julai, dan pada awal setiap bulan bermula Ogos 2025.

Sebagai contoh, jika Penjual A mencatatkan 99 pesanan berbayar pada Jun, caj RM0.50 tidak akan dikenakan pada Julai. Tapi jika pada Julai pesanan naik kepada 101, caj akan dikenakan bermula Ogos. Penjual juga boleh semak status bulanan melalui pautan INI.

Selain itu, pengecualian turut diberikan kepada penjual Marketplace baharu dengan 100 pesanan atau kurang serta yang telah menyenaraikan produk pertama mereka dalam tempoh tidak melebihi 120 hari.

Pesanan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu produk keperluan asas seperti roti, tepung, gula, minyak, garam, beras, bawang putih, halia, bawang merah atau ayam juga tidak akan dikenakan Caj Platform ini.

Bagi penjual yang menyertai program Fulfilled by Shopee (FBS), semua pesanan melalui FBS akan turut dikecualikan daripada caj RM0.50 ini sehingga hujung Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut, penjual disarankan merujuk terus ke platform rasmi Shopee.

Berkaitan

  • Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay - Ini Perlu Diketahui
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay
  • Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 - Berkuat Kuasa 16 Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY