Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (4)

Tidak Sertakan Pengecas, Apple Diarah Hentikan Jualan iPhone Di Brazil

Diterbitkan September 7, 2022 ยท Dikemas kini September 7, 2022 oleh Amalina Athman

Apabila Apple mengumumkan untuk berhenti menyertakan pengecas dalam kotak pembelian ketika pelancaran iPhone 12, ia banyak mencetuskan kontroversi. Sehingga kini, setelah hampir dua tahun, ia masih menjadi kontroversi. Malah, tindakan itu juga menjadi pencetus bagi beberapa jenama lain untuk turut serta membuang kepala pengecas dalam kotak pembelian.

Berkaitan

  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • iPhone 14 Pro Dikatakan Hadir Dengan Petunjuk Bateri Yang Lama
  • Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Siri iPhone 14

Terbaharu, kerajaan Brazil telah mengarahkan untuk menghentikan jualan iPhone, berikutan tindakan Apple membuang kepala pengecas daripada kotak pembelian.

Kementerian Keadilan dan Keselamatan Awam Brazil turut memerintahkan Apple membayar denda sebanyak 12,275,500 BRL (~RM10,537,717) serta membatalkan pendaftaran bermula iPhone 12 dan yang terbaharu dengan agensi telekomunikasi Brazil, sebagai tambahan kepada pemberhentian jualan bagi mana-mana model iPhone yang dijual tanpa pengecas dalam kotak pembelian.

Agensi perlindungan pengguna Brazil, Senacon mengatakan keputusan Apple untuk membuang kepala pengecas adalah membebankan pengguna dan syarikat itu sepatutnya memikirkan cara lain bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar, seperti bertukar kepada kabel USB-C dan sebagainya.

Dinyatakan juga, tanpa menyertakan pengecas, ia menjadikan peranti itu tidak lengkap dan memaksa pengguna untuk membuat pembelian tambahan bagi iPhone berkenaan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY