Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads DM

Threads Kini Ada Ciri DM

Diterbitkan Julai 2, 2025 · Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh Amalina Athman

Threads kini melancarkan ciri DM untuk semua pengguna, membolehkan perbualan secara peribadi bersama individu lain di platform pesaing X itu.

Buat permulaan, DM hanya dibenarkan antara pengikut Threads atau pengikut bersama dari Instagram yang berumur 18 tahun ke atas. Meta memaklumkan mesej dilindungi menerusi piawaian privasi yang ketat, perlindungan akaun dan infrastruktur keselamatan sedia ada.

Threads Kini Ada Ciri DM

Sebagai tambahan, Threads juga merancang beberapa penambahbaikan dalam masa terdekat. Ini termasuk pilihan tetapan kawalan mesej, membolehkan pengguna menetapkan siapa yang boleh menghantar mesej, termasuk individu yang tidak mengikuti di Threads atau Instagram.

Ciri mesej berkumpulan dan filter peti masuk juga akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Threads Kini Ada Ciri DM

Selain ciri DM, Threads memperkenalkan satu lagi ciri baharu ‘highlighter’ yang memfokuskan kepada kandungan atau pandangan unik.

Buat masa ini, kandungan yang disorot menerusi highlighter hanya akan muncul di bahagian tertentu seperti For You yang memaparkan kandungan baharu, terutamanya berkaitan topik tular. Threads merancang untuk meluaskan ciri ini ke lebih banyak bahagian aplikasi tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CapCut Ada Pesaing Baharu - Instagram Edits
  • Threads Berwajah Baharu Di 'Threads.com', Ini Yang Berubah
  • Tak Lama Lagi, Semua Video Di Facebook Akan Jadi 'Reels'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY