Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran

Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran

Diterbitkan November 3, 2025 · Dikemas kini November 3, 2025 oleh Amalina Athman

Threads kini memperkenalkan ciri baharu bagi membolehkan pengguna mengawal komen balas pada siaran mereka di platform itu.

Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih dan meluluskan (approve) komen balas yang akan dipaparkan secara umum sebelum orang lain melihatnya. Ini bermakna, pengguna boleh memantau perbualan di sekitar siaran Threads berkenaan dan memastikan perbincangan kekal pada topik.

Ciri ini boleh dihidupkan untuk setiap siaran. Pengguna akan menerima senarai komen balas yang menunggu semakan, dan boleh memilih untuk meluluskan atau mengabaikannya satu per satu menggunakan butang yang disediakan.

Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran
Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran

Jika semua komen balas kelihatan sesuai, atau sebaliknya mengandungi spam daripada bot, keseluruhan senarai boleh diluluskan atau diabaikan secara serentak.

Selain itu, Threads turut menambah dua pilihan baharu untuk menapis komen balas dalam tab Aktiviti. Pengguna kini boleh memilih untuk hanya melihat komen balas daripada akaun yang diikuti, atau komen yang mengandungi sebutan (mention).

Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran
Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran

Bagi akaun dengan jumlah pengikut yang ramai serta komuniti yang aktif berinteraksi pada setiap siaran, dua pilihan ini memudahkan pemantauan dan membantu memberi tumpuan pada perbincangan yang lebih relevan.

Berkaitan

  • Threads Kini Ada Ciri DM
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Threads Kini Ada Ciri 'Ghost Post' - Hilang Selepas 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY