Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Harian Threads Kini Mengatasi X Di Platform Mudah Alih

Pengguna Harian Threads Kini Mengatasi X Di Platform Mudah Alih

Diterbitkan Januari 20, 2026 ยท Dikemas kini Januari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Aplikasi Threads milik Meta kini dilaporkan telah mengatasi X (dahulunya Twitter) dari segi penggunaan harian global di peranti mudah alih.

Menurut Similarweb menerusi laporan TechCrunch, Threads merekodkan sekitar 141.5 juta pengguna aktif harian di iOS dan Android setakat 7 Januari 2026, berbanding X yang mencatatkan sekitar 125 juta pengguna aktif harian di platform mudah alih.

Pengguna Harian Threads Kini Mengatasi X Di Platform Mudah Alih

Data Similarweb menunjukkan peningkatan ini berlaku hasil pertumbuhan yang stabil dalam tempoh beberapa bulan, dan bukannya disebabkan lonjakan penggunaan secara mendadak.

Antara faktor yang dipercayai menyumbang kepada pertumbuhan Threads termasuk promosi silang melalui aplikasi Meta seperti Facebook dan Instagram yang kerap memaparkan iklan Threads kepada pengguna sedia ada, tumpuan kepada pencipta kandungan, serta pelancaran ciri baharu secara konsisten.

Sepanjang tahun lalu, Threads telah memperkenalkan ciri seperti komuniti berasaskan minat, kawalan komen balas yang lebih baik, mesej peribadi, sokongan teks panjang, siaran sementara serta dilihat sedang menguji permainan.

Namun begitu, X masih mendahului Threads di platform web dengan sekitar 145.4 juta pelawat harian, manakala Threads hanya merekodkan kira-kira 8.5 juta pelawat harian melalui Threads.com dan Threads.net.

Berkaitan

  • Threads Kini Ada Ciri DM
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Threads Kini Ada Ciri 'Ghost Post' - Hilang Selepas 24 Jam
  • Pengguna Threads Kini Boleh Pilih Komen Balas Pada Siaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY