Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah

Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah

Diterbitkan April 25, 2025 · Dikemas kini April 25, 2025 oleh Amalina Athman

Threads di web kini beralih ke domain baharu, di mana pengguna boleh mengakses rangkaian sosial milik Meta itu melalui Threads.com, menggantikan alamat asal Threads.net.

Ia dilihat sebagai langkah memudahkan pengguna mencari laman web Threads, memandangkan trafik ke aplikasi pemesejan lain bernama”Threads.com” pernah melonjak selepas pelancaran platform tersebut. Meta memperoleh domain “Threads.com” pada September lalu, namun hanya kini mula mengalihkan pengguna ke alamat tersebut.

Bersama perubahan ini, Meta turut memperkenalkan beberapa kemas kini pada laman web Threads, termasuk paparan susunan suapan tersuai (custom feeds) yang kini mengikut urutan yang sama seperti di aplikasi mudah alih.

Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah

Hantaran yang disukai dan disimpan kini boleh diakses menerusi ikon menu utama di laman web, tanpa perlu menetapkan ruangan khas untuknya di halaman utama.

Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah

Selain itu, pengguna boleh menyalin hantaran Threads sebagai imej, yang membolehkan mereka menampilkannya di platform lain seperti Instagram – tanpa perlu menggunakan tangkap layar.

Antara lainnya, Threads kini memperkenalkan ikon baharu di sebelah kanan skrin, bersama butang “+” baharu di sudut kanan bawah skrin.

Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah
Threads Berwajah Baharu Di ‘Threads.com’, Ini Yang Berubah

Platform itu turut menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik senarai orang yang diikuti dari aplikasi lain, bermula dengan X, bagi memudahkan pencarian profil di Threads.

{suggest}

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY